Ayam goreng mcd extra pedas review

Aku tengah bosan dan stress .. hurmm banyak betul masaalah , rasa bosan dah nak hidup pun. Makan pun malas tido pun tak berapa nak lena. Tapi tak sesuai di khabarkan di dalam internet hahaha .. so nak bagi tau aku dah try ayam goreng mcd extra pedas ni 2 kali.

Sekali aku beli masak dia ranggup sangat dan macam nak hangit sikit tapi boleh makan lagi.

Kali ke dua aku beli kurang ranggup pulak tapi tak hangit , pendek kata versi nak hangit tu lagi sedap kot.

Ayam goreng mcd extra pedas

Bagi aku , Ayam goreng Mcd ni memang pedas , aku suka tahap pedas dia dan aku boleh makan sehingga 5 ketul kalau lapar takdak masaalah. Masa kenyang aku makan 2 ketul hihi. Masa bosan ? Ermm jap aku fikir nak beli ke tisak.

Tapiiiiiiiiiiiii .. perut aku cam tak mau terima kepedasan tu , sakit perut memulas .. terkentut2 dengan baunya busuk tu. Kena minum susu baru rasa okay sikit tapi dalam 2 hari aku akan ke tandas hahaha.

Masa menulis ni aku masih nak makan ayam goreng mcd extra pedas tu. Tapi sebab duit tak extra sangat so aku lupakan je dan pujuk hati aku kata nak diet .. tetttttt

Ok cau cin cau..

Puanbee

Amaran keras , blog ini kepunyaan mak yang stress dengan kehidupan sebagai ibu kepada 5 orang anak yang membesar bagai juara dan tukang jahit paling sibuk di dunia. Oh .. ada ikan dan meaw yang juga turut main peranan penambah stress. Jangan kecam bila mak mak tengah meluah perasaan hokey ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.