Ladies only Zumba classes Ampang

zumba5Tajuk je speaking lebih , isi bahasa melayu okay ? Dah lama saya nak kurus , dari sejak gemuk selepas ambil pil perancang sejak melahirkan anak no.3 si laila .. macam-macam dah buat , tapi cara salah dan tak berhenti pil perancang .. maka nya saya menjadi sangat gemuk … hampir 100 kg .. dah berenti pil perancang berat tak naik , tapi perut naik .. Allhamdulillah .. dapat sorang anak lelaki. SELEPAS melahirkan anak ke – 4 memang dah target nak kurus balik , baju semasa kurus tu semua masih ada simpan , memang tekad nak pakai semua baju semasa kurus semula , lagi-lagi baju kurung tu.

Allhamdulillah .. selama 1 tahun 4 bulan jaga makan ,  berat saya turun banyak .. 96kg ke .. kadang-kadang 80kg hingga ke 75kg . Asyik duk turun naik .. risau la naik lagi … so nak tak nak saya kena excersise …

zumba
Umur pun dah tua dik non …. kalau en suami balik saya memang rajin main badminton , bila dia tak ada saya ikut kelas zumba untuk ladies sahaja ni , bayaran pun cuma RM5.00 sekali join , dekat pula tu dengan rumah ..dan part paling best bawa je anak-anak sekali. Anak-anak free saja. Anak saya bawa kasut roda .. mereka main kasut roda , baby tu kakak long tolong jagakan.

Demam panas akibat jangkitan virus ( Viral Infection & Pneumonia )

Anak demam ? Mari saya kongsikan pengalaman anak demam , di mana ianya bukan demam biasa. Demam ini berpunca dari jangkitan kuman di paru-paru dan sedikit di dalam darah , kalau istilah doktor nama penyakit ini adalah “ Viral Infection & Pneumonia “. Sekiranya anak mengalami demam panas , selesema dan batuk melebihi tiga hari , cepat-cepat lah bawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Saya sendiri rasa serik , kerana tiga orang anak perempuan saya tak pernah sakit , demam teruk2 . Ketiga-tiga nya akan sembuh selepas 2-3 kali makan ubat , paling lama pun 3 hari demam dan klinik yang biasa pergi adalah klinik berbayar biasa tu je. Bukan apa … agak renyah kalau pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan mahupun Hospital. Memang lama nak tunggu , saya tak salah kan mereka yang berkerja di sana. Mereka buat yang terbaik.

Tapi anak saya SYAMIM ni , setelah 5 hari demam on / off , kadang2 baik demam , kadang suhu badan naik tinggi . Syamim demam tiba-tiba , tak ada jangkit dari siapa-siapa , syamim muntah , tak selera makan dan banyak sangat hingus meleleh , muka pucat dan tak aktif macam biasa. Biasa nya syamim demam pun aktif bukan main. Tu yang pelik sangat.

Masuk hari ke 5 , suhu badan syamim naik mendadak , mula dari 38 ke 40. Hati memang risau sangat-sangat , terpaksa minta ayah nya balik Johor. Selepas ayah nya balik saya bawa syamim ke Klinik Kesihatan Kerajaan , saya tahu doktor di KK memang ambil berat kalau anak kecil demam mereka sudah tentu akan buat pemeriksaan darah.

Syamim di rujuk ke Hospital Kecemasan Ampang untuk ambil darah.

demam panas kanak-kanak
masuk gas

Syamim dan 5 hari tak kencing , setiap kali tukar lampin dia kering , setelah darah di ambil dan di buat ujian Syamim di tahan di wad kerana ada sikit jangkitan dalam darah dia , dan doktor juga nak pantau dan pastikan syamim kencing seperti sediakala , risau-risau virus dah menyerang buah pinggang.

Ya !! memang lama menunggu di wad sementara untuk dapatkan katil di Hospital , dari jam 6 ptg hingga 11 malam baru dapat katil , tapi ianya berbaloi … anak di pantau di sana kita pun tak risau.

Hari pertama ,doktor buat xray di dada syamim , dan juga terapat sedikit jangkitan di paru-paru syamim (pneumonia). Tapi doktor tak ada lah cakap benda ni serius sangat ke apa , doktor cuma nak syamim baik dari demam dan kencing. Tangan syamim memang kena masukkan air lah , sebab syamim tak nak makan minum , nasib baik syamim masih mahu menyusu susu ibu.

Santai bermain buih 

Khas buat orang berdekatan Kajang , boleh la merasai suasana petang yang sangat meriah , bermain buih , bermain kasut roda dan lain-lain . Lepas penat main boleh perkena sate kajang Haji Samuri. Ye dok ? sejak saya berkawin , 12 tahun lepas .. tu lah satu satunya tempat makan yang paling saya suka . Walau pun sekarang dah ada pelbagai versi sate dan restoran .. IMG_7090.JPG
IMG_7094-0.JPG
IMG_7092-0.JPG
 
Rasa sekejap sangat , syamim pun dah besar … sekarang dah susah nak ambil gambar dari depan … asyik la dari belakang aje .. tu tandanya anak dah semakin aktif … 

BIODATA Mom Blogger di Malaysia : Review & Adsvertorial

Assalamualaikum & Hai Pemilik blog di kenali sebagai puanbee . Nama sebenar Latifah bee ... bukan C mahupun D. Berasal dan di lahirkan di Taiping dan kini menetap di Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga dengan Encik Kay. Puanbee kini di kurniakan empat orang cahaya mata. Aliya , Husna , Laila dan Syamim. Puanbee ibu muda , berkahwin muda , suka buat-buat sibuk dengan anak-anak , suka beleter dan suka juge makan. Kadang-kadang mood tah hape-hape .. Kebanyakan cerita di dalam blog merupakan rentetan kisah hidup suka…

Sembelit dan Baby Syamim

Salam dan hai .. masaalah sembelit pada anak kecil pula , biasalah kan .. kehidupan berkeluarga ni memang tak dapat lari dari masaalah kecil begini , Baby syamim .. berusia 1 tahun 2 bulan sekarang... walaupun masih lagi meneruskan penyusuan ibu , tetapi syamim dan mula makan , macam-macam makanan dia makan .. termasuklah kadang-kadang tumpang sekaki makan dengan kakak - kakak bertiga tu. Walaupun begitu  biasa lah di umur seperti syamim tu akan belajar untuk makan pelbagai jenis makanan , tetapi makanan rutin nya adalah bubur nasi…

Masaalah Keputihan – Penawar keputihan dengan Buah KK

Isu dan masaalah keputihan ni paling banyak mendapat view di blog saya , Terima kasih kepada awak-awak yang datang membaca , namun di dalam artikel tersebut saya hanya berkongsi info. Maaf sekali lagi , sejak artikel tersebut di tulis di dalam blog ini , ianya telah pun memakan masa bertahun-tahun. Mungkin anda tercari – cari cara terkini untuk merawat keputihan cara tradisional ini..

BUAH KK - UNTUK KEPUTIHAN

 Tetapi saya sendiri telah pun menemui herba yang sangat membantu di dalam merawat / mengurangkan / menghilangkan keputihan , ianya adalah BUAH KK.

PJJ – Perkahwinan Jarak Jauh Yang Ditakuti

Malam ni terasa gatai tangan nak menaip , dah lama tak rasa macam ni .. dulu-dulu semasa laila kecil je rajin menulis malam-malam ni , sampai kan ada orang PM di facebook minta beli blog puanbee.com ni , ada ke patut. Walaupun lama tak menulis , ia nya tak bermakna minat menulis tu hilang 100%. PJJ - Perkahwinan jarak jauh , ramai juga yang memandang serong , saya sendiri kadang-kadang rasa takut juga , macam-macam soalan bermain di kepala ni. DUGAAN amatlah banyak , bertalu-talu sampai kadang-kadang…

CUTI TAHUN BARU CINA 2015

CUTI SEKOLAH BAGI MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2015 dah pun keluar , boleh lah rancang nak pergi mana-mana balik kampung ke kan .. Maklumat di terima dari cikgu sekolah anak - anak saya sendiri. CUTI BERMULA 17 February 2015 hingga 22 February 2015 bagi NEGERI YANG HUJUNG MINGGU NYA SABTU DAN AHAD. 18 FEBRUARY 2015 hingga 23 FEBRUARY 2015 bagi NEGERI YANG HUJUNG MINGGUNYA JUMAAT DAN SABTU. Hurmm kami nak kemana ? duduk rumaj je enjoy. ????