Add Watermark App
Panduan buat passport di UTC Kuala Lumpur terkini
UTC Kuala Lumpur … memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak kerajaan. Saya suka sangat dengan konsep di UTC ni. Cuti Tahun Baru Cina ini saya cadang hendak ke luar negara . Berjalan + berjumpa dengan abe. Perjalanan tak di rancang .. kebetulan abe cuti dan akan naik ke darat.
Agak kelam kabut buat passport .. tinggal seminggu .. nasib ada UTC .. di sana saya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu pun setengah jam di habiskan untuk ambil gambar passport.
Tayar Pancit Lagi
Misi mencari baju pengagkap selesai
Snowdrop cloth pad review , kebaikan cloth pad dengan harga berpatutan.
Tahukah anda ? Sanitary pad atau pad pakai buang sebenarnya tidak elok untuk kesihatan bahagian intim wanita ? sebenarnya pad pakai buang ini di perbuat dari pulpa kayu dan bahan terbuang. Walau nampak macam putih suci je tapi sebenarnya ia datang dari bahan yang kotor.
Pad pakai buang mudah di dapati .. macam murah dan mudah tetapi sebenarnya agak mahal dan mendatangkan keburukan kepada wanita khususnya. Masaalah segugut , darah haid berbau , bahagian intim wanita kegatalan , ruam , keputihan semuanya berpunca dari penjagaan + pad pakai buang.
Perjumpaan Blogger Pembuka 2014
SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.
SUSAH.
Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang. Ya ampun..
Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.
Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..” ya saya hanya mampu tersenyum.
Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.
Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.
Hari Pertama Husna & Buku Teks
Pengalaman yang tak mungkin di lupakan. Tahun 2014 ramai anak murid tahun 1 tersepit celah kerusi kan ? Husna juga ada kisah nya tersendiri. Kelakar habis. Kalau ingat cerita dia ni boleh buat saya gelak sampai menitik air mata.
Husna jatuh longkang .. kesian dia .. hari pertama kan .. dah 2 bulan cuti makan tidur je .. bangun lewat sekali kena bangun awal .. mengantuk agaknya. Lepas balik dari sekolah .. saya parking kereta . maksu , kakak dan syamim dah naik atas. Husna jalan selepas diorang. Saya lambat sikit sebab nak kunci kereta dulu.
Husna dah merungut beg berat. Tolong lah bawak.
Tapi semua orang tak layan dia. Ibu nak angkat beras 5kg , sabun 3kg dan banyak lagi barang dapur. Maksu dukung syamim. Kakak ada beg sendiri. Jadi terpaksa la bawa beg sendiri.
Pengumuman Pemenang Shopping di Uor.my
Snowdrop cloth pad
Bertuah rasanya di beri peluang untuk mencuba produk cloth pad dari jenama snowdrop. Sebelum ni pernah cuba jenama lain. Kita tengok pula apa bezanya rasa yang saya dapat dari pemakaian cloth pad dari jenama snowdrop ni. Bagi yang belum tahu .. cloth pad ini adalah untuk wanita yang ” datang bulan ” , sekadar di pakai sebagai ” liner ” ataupun untuk wanita lepas besalin (dalam pantang / maternity )
Kalau orang dulu pakai kain , selain dari menjimatkan dan memudahkan .. tak perlu keluar untuk membeli pad moden. Sekarang wanita kita dah kembali kepada pemakaian pad jenis tradisional iaitu kain. Cuma kain itu telah di modenkan di datangkan dengan bentuk yang lebih menarik.