Pengalaman Sauna dengan FIR (Far Infrared)

Siapa suka ber sauna ? Saya suka sangat , jika di beri pilihan nak je bawak sauna balik rumah. Seronoknya ber sauna tu bila peluh keluar dengan banyak nya. Kemudian badan akan berasa segar bugar. Kali ni saya nak kongsi pengalaman ber sauna dengan FIR MALAYSIA ni. FIR bermaksud FAR INFRARED. Sauna yang meggunakan far infrared ini lain sikit dari sauna biasa. Saya pernah bersauna dalam bilik yang ada batu tu. Rasanya lain sikit. Yang tu nak kawal suhu dia kena simbah air .. Tetapi FIR ni senang .. suhu di kawal secara automatik. Dari permulaan dalam 38 darjah sahaja ke 44 darjah , sampai pertengahan suhu menurun balik. Duduk dalam kabin dalam 5 minit je dah rasa peluh keluar dengan banyak nya .. sampai nak bercakap pun susah .. menitik-nitik peluh. Tengok video di bawah nanti ekk.
sauna4

Kelebihan yang kita akan dapat dengan sauna FIR ini :

Read morePengalaman Sauna dengan FIR (Far Infrared)

Laksa Buyong Dan Cendol Bakar , Kg Asam Jawa Selangor

JJCM kali ni perkena laksa buyong , gerai laksa kepunyaan sepupu sebelah suami. Tapi malangnya suami suka snagat buat kejutan .. kejutan sangat sampaikan laksa dia tinggal semangkuk sahaja. Baru je berangan nak makan laksa buyung taruk udang besar-besar , udang pun habis jugak. Alamak…  Nak tak nak kami terpaksa la order makanan lain. Masyallah ramai nya orang . Sampai nya di situ agak terkejut nampak kereta beratur untuk beli cendol , drive thru tau .. ingat MCD je ke ada drive thru ?

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 8

Istimewa nya laksa ni , laksa di perbuat dari tepung gandum , pulas sendiri guna mesin khas di rumah.Kuah Laksa pula di buat dengan ikan segar dari kuala selangor. Memang sedap dan sekali cuba mesti nak lagi punya lah. Lagi pun ayah sepupu tu memang menjual laksa bertahun – tahun lamanya di changkat jering. Kira nya resepi laksa buyong ni memang resepi turun temurun lah. Korang semua patut cuba. 

Read moreLaksa Buyong Dan Cendol Bakar , Kg Asam Jawa Selangor

NURRAYSA – Kelebihan StemCell Feminin Wash

Assalamualaikum dan hai ,  Saya kembali menulis untuk berkongsi pencuci wanita yang sangat best ini. Bagi anda , wanita yang di luar sana pastinya tercari-cari produk feminim wash bukan ? apa kata mai pakat cuba produk Nurraysa pula. Banyak testimoni di terima memuji-muji produk ini. BETUL KE ? kalau nak tahu kena cuba sendiri lah … Read moreNURRAYSA – Kelebihan StemCell Feminin Wash

Lan Coffee House – Nasi Ayam Authentic Chinese style

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar ? Kami dah cuba makan nasi ayam di kedai Lan Coffee House tu. Yeayyy … Nak di jadikan cerita. Ini cerita baling belakang lah ye. Hujung-hujung tahun 2015 kami ke Johor saja nak ambik en suami. Dia kerja sana kan. Teruja punya pasai kami mulakan perjalanan lebih awal. Jam 6 pagi dah keluar dari rumah. Singgah stesen minyak isi minyak lepas tu terus ke Johor. Sampai sana dah ngam-ngam jam 12 tengah hari. Teru cari kedai makan.

nasi ayam johor 3

Kawan suami suggest kedai Lan Coffee House ni. Nasi ayam sedap katanya. Kebetulan memang dekat dengan Homestay tempat suami menyewa. So okay lah. Anak-anak semua lapar dah. Nasi Ayam memang kesukaan anak.Mudah semua order nasi ayam je la.

Kelihatan pengunjung bersilih ganti. Ramai dan sangat sesak. Makan cepat-cepat terus pergi check in di Hotel lah. Tak mampu nak santai-santai makan. Nasi ayam boleh tahan sedap. Allhamdulillah.

Read moreLan Coffee House – Nasi Ayam Authentic Chinese style

Simple. Diy Sendiri Sarung Tablet Kesayangan.

Tablet samsung saya dah tua. Saya beli pada tahun 2013.. Masih berkeadaan elok sampai sekarang. Dulu – dulu ada meragam sikit-sikit. Tetapi sekali format pada 2013 tu terus elok sampai sekarang. Rezeki sungguh. Tetapi sekarang ni adalah zaman di mana , kau akan rasa kedekut sangat nak laburkan duit untuk beli sarung tab. Biasa nya golongan mak-mak akan rasa begini.

diy ppage

Anak-anak dah letakkan mural di sarung tablet yang lama , tengok pun dah tak lalu. So kita DIY menggunakan kain felt sahaja. Disebabkan tab ni hanya di gunakan oleh anak-anak. Kongsi 4 beradik. So begitulah coraknya. Biar kalau bawa bejalan pun orang tak syak itu adalah tablet. Tips juga ni. Elakkan di ragut. 

Read moreSimple. Diy Sendiri Sarung Tablet Kesayangan.

SPA DI RUMAH – Aromatheraphy Foot & Bath Salt

Salah satu cara untuk manjakan diri dan rilekskan badan sendiri. Tetapi saya bukan lah seorang yang suka ke SPA , terdapat banyak sebab saya tak pergi salah satunya jimat duit. Aromatheraphy foot & bath salt adalah salah satu produk jenama Sutra. Tetapi jika ada orang belanja saya okey je…

Kebaikan yang kita akan dapat apabila melakukan spa kaki adalah :

  • Kulit kaki terasa lembut.
  • Mengurangkan rekahan pada tumit kaki.
  • Membenarkan kaki rilek dan mengurangkan ketegangan pada kaki. Sangat sesuai kepada mereka yang selalu memakai kasut tinggi dan kasut sarung.
  • Aromaterapi nya akan membuatkan minda kita tenang.

Cara untuk melakukan SPA KAKI di rumah anda menggunakan produk SUTRA.

sutra 2

Tuangkan air suam ke dalam bekas , sesuai untuk merendam kaki anda.

Read moreSPA DI RUMAH – Aromatheraphy Foot & Bath Salt