Tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa.

Scroll facebook nampak kawan share tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa. Terus niat nak tulis letak di blog untuk rujukan diri sendiri dan sebarkan kepada lebih ramai ibu bapa. Kalau ada ramai ibu bapa yang baca blog puanbee lah.

Hari ni hari pertama anak yang nombor 3 tu periksa. Tahun 1 kan. Si kakak aliya dan kakak husna tak ada lah terasa apa sangat sebab dah biasa. Padahal si kakak tu nak UPSR tahun 2016 ni. Punya lah mak dia pulun tidur awal. Bangun awal , sekali jalan sesak teruk ya amat. Kenapa tah KL ni. Makin lama makin teruk. Lagi tambah jalan , lagi tambah MRT , LRT , HIGHWAY , TRAFFIC LIGHT lagi teruk sesaknya.Ā Pening dah kepala ni nak drive di KL setiap hari. Rasa nak pindah balik duk taiping.

peperiksaan

Berbalik kepada tips untuk ibu bapa ketika anak menduduki peperiksaan. Benar kan.. doa ibu bapa itu mujarap. Lagi -lagi ibu .. jadi marilah kita doa banyak-banyak. Supaya anak mendapat berkat .. untuk menjawab soalan peperiksaan. Belajar tu dah belajar dah usaha tu dah usaha dah. Tinggal lagi doa je lah dari ibu bapa.