Hadiah hari ibu – Pandora

Tak ada orang wish hari ibu untuk aku , walaupun dari orang yang aku sangat sangat harapkan beri ucapan tu. Tak ada sapa nak ambil berat , ucapkan terima kasih atas apa yang aku buat. Tak ada orang nak bawa aku makan - makan sempena hari ibu. Tak ada orang nak bagi aku rehat setelah berpenat lelah. Tak ada pun nak bagi bunga .. nak bagi ucapan manis - manis. Aku kecewa ... Aku tak minta banyak .... tapi orang tetap tak ingatkan pengorbanan aku. Lalu aku…

Pandora pertama

Pandora pertama katanya. Teringin sangat …. sangat teringin .. so update la status di facebook , en suami yang di perantauan pun nampak .. di komen ” macam-macam la sayang ni ” dan aku berdebar .. alamak dia nampak pulak .. selalu macam tak online je di facebook. Entahla ek .. en suami macam suka aku update status fb tu kerap-kerap , kalau tak update .. diam je.. dia semacam jelous .. dan dia akan call dengan macam-macam soalan. Sebab tu lah juga selalu update , buat apa .. sekian .. sekian.. nasib lah duduk jauh-jauh ..

Dia di tengah laut , nak harapkan call tanya itu ini kadang-kadang line tak berapa elok. Bila dia letih , dia tengok facebook dapat lah tahu cerita bini dan anak-anak dia .. rasanya la .. So kalau ada yang rimas dengan status den .. unfriend je lerrr … pandoraAntara yang ada dalam gambar moment aku :

  1. Sea glass murano : sebab suami ada di laut
  2. TT Queen bee : melambangkan aku sendiri. Nama bee kan.
  3. Charm L : Pun nama sendiri.
  4. Burst Clips : Tak kisah sangat bentuk clips ni , asalkan boleh guna , bracelet memang kena pakai clips , tiba-tiba ada adik manis jual murah , baru lagi tu , kotak ekslusif lagi tu. Sambar terus.
  5. Bangle Limited Edition Star , saja je beli preloved buat koleksi.