Port Makan Sedap di Nilai : Mee udang dan Telur Mayong di Nilai

Kalau anda berada di Nilai  singgahlah makan mee udang dan telur mayong masak lemak yang sangat sedap. MMA Santai Corner terletak di Bandar Baru Nilai. Trademark mereka kereta besar atas bumbung. Telur mayong adalah makanan kegemaran suami. Biasanya jika kami sekeluarga nak makan telur mayong tunggu balik kampung di TAIPING dan booking terlur mayong , lepas tu baru la masak. Sekarang dah jumpa kedai makan yang sediakan telur mayong , apa lagi harus terjah ye.

asam pedas 1

Sebenarnya di MMA SANTAI CORNER ada banyak lagi kedai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan sedap-sedap. Anda boleh pilih. Boleh lah bawa semua keluarga ke sana makan-makan.

asam pedas 2

Mee udang pilihan saya dan husna . Nasi berlauk ketam masak lemak pilihan aliya dan laila. Nasi berlauk telur mayong pilihan suami. Semua sedap dan menyelerakan , yang tak berapa best tu sebab bawa anak kecik jadi makan pun kena laju-laju.