Happy Birthday Laila – Turn 7

Assalamualaikum , haiiiii dah balik kampung ke untuk beraya ? Kami belum. Nak tempek sikit gambar laila masuk 7 tahun ni. Sambut kecil kecil dengan keluarga sendiri sahaja. Tu pun ayah tak dak . Makan di kfc. Tak rancang pun sebab sebenarnya ibu lupa tarikh lahir dia. Birthday laila 25.6 manakala birthday husna 26.5 jadi selalu keliru di situ. Rasa macam dah sambut birthday dah bulan lepas. Ingat tak ada birthday lagi. Lepas tu si kakak bisik2 .. hari ni hari jadi laila. Apa lagi .. ibu pun kebetulan malas masak. Terus ajak anak-anak pergi KFC terdekat la. Nasib baik tepi rumah aje.. Tetapi lambat juga dapat makan nya kfc lmbt sikit sampai. Jadi kita potong kek sahaja dulu.

laila besday 1

Beli kek segera di kedai kek berhampiran  tak tempah pun. Itu pun laila suruh beli yang besar dan ajak keluarga makngah dan makdak dtg makan. Aiyooo dah malam pun. Ayah pun belum balik. Jadi kita kita ajelah. Tetap meriah uols. Keluarga puanbee tak pernah tak meriah lah.