Perjumpaan Blogger Pembuka 2014

SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.

anak blogger

SUSAH.

Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang.  Ya ampun..

Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.

Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..”  ya saya hanya mampu tersenyum.

Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.

Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.

pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.
pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.