Tips agar baju wangi tahan lama dan lembut hanya dengan cuka dan softener biasa

Saya nak share tips cuci baju guna softener murah je tapi bau nya semerbak , tahan lama dan kain super duper lembut. Ehemm baru tahu sebenarnya. Baru je cuba buat dua tiga kali. Eh menjadi lerrr .. kenapa lah tak tahu dari dulu. Puas fikir … benda apa yang mereka guna sehiggakan bau tu kekal lama dan semerbak. Caranya adalah menggunakan cuka masakkan di campur kan dengan softener yang biasa korang guna. Saya biasa guna daia atau pun downy sahaja.

tips baju wangi
cuka masakkan dan softener .. apa jenama pun boleh… gambar hiasan dari google.

Caranya , masukkan  cuka masakkan (30ml  ) dalam bekas kecil . Kemudian masukkan softener sesuai untuk size mesin basuh korang. Saya 11kg tu sekali basuh .. kacau2 dan tuang kedalam mesin basuh pada bilasan terakhir. Hasilnya selepas baju di keringkan … bau sangat wangi .. kain baju lembut. Memang lembut dari biasa.