Bila anak kena buli depan mata

Assalamualaikum dan hai , kali ni saya nak cerita kan sedikit kisah anak-anak di sekolah. Bila kita sembang biasa , orang akan kata ” alah biasalah budak-budak “. Kecoh sangat sampai nak tulis dalam whatsapp guru-guru. Baru-baru ini , saya sendiri nampak anak saya di tarik tudung nya dari belakang , dari jauh . Kemudian kawan nya tu tarik barang  dari tangan anak saya. Ibu boleh bayangkan ya. Barang  tu saya baru je beli untuk semua anak-anak. Dan saya sangat pasti gam tu anak saya punya. Barang tu sikit pun saya tak kisah kalau dia nak. Ambil lah .. berapa ringgit sangat.

Tapi cuba bayangkan situasi yang akan terjadi jika perkara ini tidak di panjangkan ye …  [ saya tulis sebab ada ibu bapa yang seolah olah marahkan saya sebab panjangkan kes ini. ]

  1. Jika semasa kawan anak tu tarik tudung anak saya , kemudian terlepas. Didepan ada anak tangga 3 tingkat. Jika terjatuh masa tu ? apa akan jadi  ?
  2. Jika semasa kawan anak tu tarik tudung anak saya , anak saya dengan tidak sengaja menolak kawan tu pula. Apa akan jadi ?
  3. Jika kawan tu pula ada geng , tak puas hati ramai-ramai cari anak saya dan gaduh hanya kerana barang sekolah yang sikit tu  ?

Perkara ini sangat kecil , ya saya tahu …. dulu semasa anak saya tahun satu , dia pernah kena tumbuk di dada sampai biru.