Pengalaman Sauna dengan FIR (Far Infrared)
Siapa suka ber sauna ? Saya suka sangat , jika di beri pilihan nak je bawak sauna balik rumah. Seronoknya ber sauna tu bila peluh keluar dengan banyak nya. Kemudian badan akan berasa segar bugar. Kali ni saya nak kongsi pengalaman ber sauna dengan FIR MALAYSIA ni. FIR bermaksud FAR INFRARED. Sauna yang meggunakan far infrared ini lain sikit dari sauna biasa. Saya pernah bersauna dalam bilik yang ada batu tu. Rasanya lain sikit. Yang tu nak kawal suhu dia kena simbah air .. Tetapi FIR ni senang .. suhu di kawal secara automatik. Dari permulaan dalam 38 darjah sahaja ke 44 darjah , sampai pertengahan suhu menurun balik. Duduk dalam kabin dalam 5 minit je dah rasa peluh keluar dengan banyak nya .. sampai nak bercakap pun susah .. menitik-nitik peluh. Tengok video di bawah nanti ekk.
Kelebihan yang kita akan dapat dengan sauna FIR ini :
Giveaway – Menang Gold Coin 0.5g dari blog puanbee.com
Assalamualaikum dan hai. Siapa nak menang GOLD COIN 0.5g dari blog puanbee.com boleh lah teruskan membaca. Maaf jika terpanjang buat intro sebab puanbee memang suka tulis panjang-panjang. Saya dah lama pasang niat nak buat giveaway di blog ini. Tapi asyik kelaut ja. Sekarang ada mood rajin sikit. Jadi mari lah tengok syarat-syarat untuk menyertai giveaway kecil ini.
Laksa Buyong Dan Cendol Bakar , Kg Asam Jawa Selangor
JJCM kali ni perkena laksa buyong , gerai laksa kepunyaan sepupu sebelah suami. Tapi malangnya suami suka snagat buat kejutan .. kejutan sangat sampaikan laksa dia tinggal semangkuk sahaja. Baru je berangan nak makan laksa buyung taruk udang besar-besar , udang pun habis jugak. Alamak… Nak tak nak kami terpaksa la order makanan lain. Masyallah ramai nya orang . Sampai nya di situ agak terkejut nampak kereta beratur untuk beli cendol , drive thru tau .. ingat MCD je ke ada drive thru ?
Istimewa nya laksa ni , laksa di perbuat dari tepung gandum , pulas sendiri guna mesin khas di rumah.Kuah Laksa pula di buat dengan ikan segar dari kuala selangor. Memang sedap dan sekali cuba mesti nak lagi punya lah. Lagi pun ayah sepupu tu memang menjual laksa bertahun – tahun lamanya di changkat jering. Kira nya resepi laksa buyong ni memang resepi turun temurun lah. Korang semua patut cuba.
Comment Luv – Elakkan komen masuk ke kotak SPAM
Assalamualaikum dan Hai , Apa khabar semua ? Allhamdulillah sejak akhir-akhir ni saya rajin buka blog dan menulis , membaca dan membuat lawatan ke blog rakan blogger lain. Cuma ada yang saya tinggalkan komen ada yang tidak. Bukan tak nak komen , mungkin saya waktu tu blur sedikit jadi tiada kata yang sesuai saya boleh tinggalkan. Sekarang ni saya cuma nak kongsi kan sedikit info berkenaan comment luv. Dah ramai yang tahu sebenarnya .. tapi nak kongsi juga mana tahu ada blogger yang baru dan belum tahu. Jika anda berminat untuk tinggalkan komen di sini.
Tolong jangan letak link blog di bahagian kotak komen , kerana saya dah setting jika terdapat link di dalam kotak komen , komen tersebut akan terus ke kotak SPAM. Sehari ada lebih kurang 5000 ++ spam komen dengan link dari negara luar , termasuk Indonesia , US , India dan lain lain negara. Saya tak mampu nak semak satu-satu jadi saya terus tekan ” empty spam ” untuk delete semua komen tersebut. Akhir-akhir ni banyak betul SPAM. Jadi untuk kurangkan saya elakkan dengan cara begitu. Jika letak link di dalam kotak komen sistem keselamatan wordpress akan mentakrifkan anda sebagai seorang spammer secara automatik.
Jika anda komen hanya ikut cara biasa :
1. ” sila klik tajuk yang dsediakan .. atau klik “Comments “
2. Masukkan nickname kesukaan anda , email anda dan url blog dengan betul (jika tak ada , biarkan kosong ) ,
- nickname kesukaan anda = dapat mempromosi produk atau blog anda contoh : blog premium beatiful , blog pemborong kain pukal ( nick name tidak terikat dengan nickname profile seperti yang disediakan oleh google )
- email anda = dengan memasukkan email anda , membolehkan sistem thread komen wordpress menghantar email kepada anda ketika komen anda di balas oleh admin blog atau sesiapa sahaja.
- url blog dengan betul = Memberi backlink secara terus untuk meningkatkan PR blog dan ALEXA anda.
LAKUKAN
- Daftar blog anda di commenluv.com
- Klik icon comenluv di bahagian bawah kotak komen dan anda boleh pilih 10 artikle paling terbaru di post untuk di paparkan , sekiranya anda ahli berdaftar commentluv , klik icon lov dan akan naik maklumat blog anda .
- sekiranya tidak berdaftar di commentluv hanya post terbaru saja di paparkan tanpa boleh memilih mana-mana artikle untuk di paparkan.
Saya baru je aktifkan semula plugin comment luv , sebelum ni tak ada. Sebelum ni blog meragam .. sekarang dah okay nampaknya selepas menukar hosting blog ke serverfreak. Traffic blog pun dah kembali pulih dan tersenarai di dalam ranking alexa semula.
Contoh comment luv di bawah :
Hanya tick kan pada kotak kecil sebelah banner comment luv dan akan naik senarai artikle blog anda. Boleh pilih salah satu untuk di kongsikan sesuai dengan artikel saya. Contoh gambar ke dua.
Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016
Assalamualaikum dan hai, Malam-malam jam 2 pagi ni nak menulis tentang Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016 . Saya seorang pelanggan ye. Bukan penjual tetapi jika berminat nanti boleh lah klik link di bawah. Nak cerita kan saya dah guna hosting serverfreak ni dulu tetapi saya tukar konon-konon nak murah sikit. Tetapi rupanya ada bias terhadap income blog saya. Dulu saya pernah beberapa kali menukar syarikat hosting , masaalah dan sebab tu pelbagai … Antara perkara yang saya tak suka tu blog selalu down , blog tak dapat akses , tak mesra google , blog slow , data tak cukup.Ada plugin / theme yang tak sesuai. Dan banyak lagi , tak tahu nak sebut sebab saya bukan seorang yang pandai bab ni. Saya tahu saya guna best dah cukup.
Di bawah adalah bill untuk 2012 – 2014 , kali pertama saya langgan hosting serverfreak. Kemudian saya tukar ke hosting lain murah sikit. Tapi di sebabkan beberapa perkara saya tukar kembali hosting saya ke serverfreak pada awal bulan 12 tahun 2015. Nampak tak ? tiba-tiba saya rasa menyesal sangat buat keputusan untuk pindahkan data dari serverfreak ke host lain dahulu. Yang terpaling effect adalah jumlah pelawat semakin hari semakin sendu. Padahal semasa saya dengan serverfreak jumlah pelawat sangat baik.
Selepas berfikir panjang saya langgan balik hosting serverfreak. Nasib baik lah proses nya sangat senang. Dan serverfreak pun memang terbaik buat kerja. Cepat dan pantas. Kita cuma perlu pergi web serverfreak , pilih pakej dan langgan. Buat bayaran dan tunggu pihak serverfreak email kita untuk proses pemindahan data. Mudah sangat – sangat. Sehari siap. Hari ke dua tunggu blog stabil dan boleh beroperasi seperti biasa.
Perjumpaan Blogger Pembuka 2014
SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.
SUSAH.
Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang. Ya ampun..
Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.
Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..” ya saya hanya mampu tersenyum.
Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.
Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.