Parut Suntikan BCG tidak berbekas

Parut suntikan BCG anak tidak berbekas , terpaksa ulang ke klinik untuk mengambil suntikan BCG semula.¬†Ini pengalaman “motherhood life ” , di mana dengan suka citanya saya nak berkongsi dengan keluarga di luar sana , mana lah tahu lepas ni ada yang mencari info. Dah jadi lumrah di Malaysia , jika ank bersekolah di sekolah kerajaan , di awal tahun ada sesi lawatan dari JURURAWAT Klinik ibu dan anak. Laila .. anak saya berumur 6 tahun , tadika di Pra sekolah keraajaan , jadi secara tidak langsung menerima lawatan kakak misi yang comel-comel tu.

Saya ada terbaca , ada ibu yang risaukan parut di bahu bayinya , dia ingin merawat bekas suntikan untuk hilangkan parut , nasihat saya jangan la buat .. nanti dah besar sikit kena ambil suntikan lagi… kesian pula. Eh , tapi anak saya tak ada pun buat rawatan apa-apa masa bayi dulu. Cuma parut tu tak timbul . Bak kata kakak jururawat , mungkin jururawat dulu ter suntik dalam isi.
laila - parut bcg tiada bekas

Read moreParut Suntikan BCG tidak berbekas