Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu

Tips Tayar Pancit Di Highway Plus Untuk Pemandu Wanita

Posted on June 11, 2015 by Puanbee

Panik tak ? jika anda pemandu wanita , hanya memandu berseorangan dengan anak-anak , tiba-tiba tayar kereta anda pancit. Anggaran perjalanan 4-5 jam untuk 365 kilometer. Untung nya kerana saya sedar tayar kereta saya pancit semasa membelok masuk ke kawasan R&R Rawang. Tayar kereta kempis betul .. sehingga bila bergerak untuk parking , berbunyi bunyi .. tak tahu nak taip macam mana .. Perjalanan  masih jauh dari Kuala lumpur menuju ke Taiping. Dan saya baru je mulakan perjalanan beberapa minit sehingga rawang tu..

tayar pancit di highway plus

TIPS PENTING JIKA TAYAR KERETA ANDA PANCIT 

  1. Cari tempat parking kereta yang selemat , apabila menyedari tayar pancit ( raya streng kereta goyang-goyang ) perlahan kan kenderaan , pasang lampu kecemasan , parking tepi jalan , jika kawasan parking tu tak sesuai kenalah keluar dari kenderaan.
  2. Kalau sempat berhenti di R&R lebih selamat sebab ramai orang.
  3. Jangan sebarang minta pertolongan dengan orang tak kenal. Jika ada yang tanya beritahu dah hubungi peronda. Tapi ikut situasi juga kot. Ramai yang kena tipu … jadi elakkan lah.
  4. Hubungi peronda plus secepat mungkin. Beritahu lokasi , no plat kereta ( lokasi boleh tengok di waze atay gps )
  5. Talian hot peronda 1800 88 00 00. Boleh baca di belakang kad tol.
  6. Peronda plus akan tolong tukarkan tayar kereta tanpa apa-apa bayaran. Jangan risau. Tapi boleh beri duit belanja minum jugak.

tayar pancit di highway plus 4
 

  1. TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKANLebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) – 03-2692 0000
    Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) – 03-732 9222
    Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) – 03-733 7188
    Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
    Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
    Lebuhraya Kulim – Butterworh ( BKE )-04-398 6969
    Lebuhraya Seremban – Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
    Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
    Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
    Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) – 1-800- 880999

Pengalaman Tayar Kereta Pancit , sekali seumur hidup .. 
tayar pancit di highway plus 1

Dalam umur lingkungan 30 tahun  , sepanjang 8 tahun pegang lesen , tak pernah lah lagi merasa pengalaman tayar pancit ni. Walaupun dengan suami … tak pernah .. tapi kali ni takdir .. suami tiada , hati nak sangat balik kampung ..rindu mak katakan ..

Biasanya kurang nak drive jauh-jauh tanpa orang lelaki di sisi .. adik ke siapa-siapa la memang tak la .. sebab paling utama takut benda mcm gini berlaku.

tayar pancit di highway plus 2

2 meter lagi nak sampai tol rawang , saya rasa gegar lain macam .. saya bawa 120km/j ..cepat-cepat saya perlahan kan kenderaan dan bagi signal untuk masuk ke R&R rawang. Sambil tu sempat cakap ke adik.

” kenapa streng kereta gegar lain macam ni ? , biasa bawak 120km /j tak lah gegar macam ni “.

Adik diam membisu .. selepas masuk dalam keadaan mencari parking .. ada orang tegur tayar .. tunjuk-tunjuk .. bila saya buka cermin untuk menjeguk .. nampaknya tayar dah pancit sehingga habis langsung angin tayar sebelah kiri.

Hurm …

Nak buat apa ? tak kan lah saya kena buka … memang lah dulu-dulu nak ambil lesen dah di ajar buka. Tapi still tak mampu .. lagi pun tak tahu pun di mana tempat simpan tayar  , dalam kekalutan , anak sulung beri tahu tayar ada bawah kereta. Macam tu nak tukar sendiri ?

Saya pusing-pusing R&R dulu .. pergi tandas , beli coklat kopok jajan jajan .. maklum lah tengah stress , takut  , berdebar .. hihihihi

Semasa di gerai , saya nampak ramai abang askar .. 2 lori baru sampai .. ada yang pergi makan dan ada yang pergi tandas , adik minta saya minta tolong dengan abang askar tu. Tapi serius .. saya malu .. hihihihi..

Kemudian saya tanya pakcik yang meniaga aksesori telefon di situ.

” Assalamualaikum , pakcik .. nak tanya sikit .. kalau tayar pancit nak buat apa ya ? “

Pakcik tu jawab ” mana kad tol ? call je .. nanti diorang datang tolong tukarkan .. org plus buat free je dik .. “

” Oh … terima kasih pakcik .. . “

syukur allhamdulillah .. tak perlu minta tolong orang .. terus saya berlari ke kereta dan hubungi peronda plus ..

tayar pancit di highway plus 3

Selepas 1 jam lebih juga mereka menukar tayar tersebut . Peronda beri tahu , tempat simpan tayar saya tu stuck sebab salah pasang skru , jadi ambik masa lama sikit …

” Takpa lah bang … Kalau saya tukar sendiri mesti tak siap ” huhuhu ~
tayar pancit di highway plus 5

Tayar kiri pancit terus , tayar kanan pecah-pecah macam dalam gambar di atas … aada 5 tempat pecah … saya tak ada pilihan terpaksa memandu juga perlahan – lahan dari rawang ke Taiping dengan tayar di atas .

tayar pancit di highway plus 6Sementara menunggu … ni lah aktiviti anak-anak aktif ni .. 3 org ni je selalu aktif .. sorang lagi tak ..  faham sangat dah anak-anak.

Itu je lah nak share pengalaman sebagai lady driver , supermom , housewife , wanita yang terjebak dalam perkahwinan jarak jauh dan terpaksa berdikari ni .. Hihihi ~ Bukan takdak laki ya .. Choii .. cili kang mulut tuh.

NOTA KAKI : Terima kasih banyak kat abang plus berdua tu sebab sampai cepat sebelum orang lain sampai , kang kalau ada orang lain tukarkan minta duit banyak-banyak mana nak cekau .. dalam beg duit ada RM100 je pun tu pun dah habis separuh beli jajan , stress punya pasai … kereta besaq duit tak dak .. hahahahha

9 thoughts on “Tips Tayar Pancit Di Highway Plus Untuk Pemandu Wanita”

  1. Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier says:
    June 12, 2015 at 4:10 pm

    alhmdllh selamat bee…
    nis penah jadi tayar pancit terus gitu tp mujur dlm jarak dekat2 je… ambil anak pergi-balik skolah… rasa semacam je benyek tayar… dan ada mcm bunyi kasar2 sikit. mujur jiran mmbantu… dah arwah pun salah sorg yg menolong tu…

    Reply
  2. Kursi Makan says:
    June 12, 2015 at 10:42 pm

    wah informasi yang bermanfaat bagi saya. jika suatu hari nanati mengalami pancit. trims

    Reply
  3. Khadeejah Hasmad says:
    June 15, 2015 at 12:33 am

    Kesiannya kat puan bee. Alhamdulillah, semuanya okay. Bagus sangat puan bee share pengalaman mcm ni. At least kita tahu nak buat apa at the first place kalau tayar pancit. Takdelah gelabah sangat. Tapi mintak jauh lah. Hehehe

    Reply
  4. Raihanah Ahmad says:
    June 18, 2015 at 10:20 am

    kesian puan. anyway memang tips yang berguna saat2 genting begitu.

    Reply
  5. musadun says:
    June 19, 2015 at 5:33 am

    wanita kena tahu tips ni.terutamanya yang suka travel berseorangan tu.

    Reply
  6. Pingback: Nak pergi Johor - Puanbee.com
  7. Ridz ayeop says:
    October 16, 2016 at 2:07 am

    Nak cari tayar? Cuba website mytayar.com
    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.
    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    Reply
    1. puanbee says:
      October 20, 2016 at 5:32 pm

      encik boleh hubungi saya jika nak beriklan di sini ..

      Reply
  8. addinfarhani says:
    January 17, 2017 at 4:17 pm

    huhu… baru je jd kat highway td.. tayar kereta my mom bocor/pecah… kelam kabut jgk la cari no fon PLUS… tgh pakcik tu tukaq tayar, tertanya2 la jgk kena brapa RM kan… search kt google, terjumpa post nie.. hee… free rupenyerr… but my mum ada la bg ckit sbb pakcik2 tu dh penat2 bwh matahari terpacak tolong kmi tukaq tayar….
    btw, prob selesai after 45 minit menunggu penuh sabaq….?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

  • Facebook
  • Instagram
  • Mail
  • TikTok
  • Twitter
  • YouTube

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#pantaitelukbatik  #campsitetelukbatik #telukbatik 
Walaupun nak masuk kena bayar RM3 , tapi puas hati. Pantai bersih terjaga , air jernih dan orang tak lah terlalu sesak .
Dalam perjalanan pulang ke kampung , menyelusuri jalan kampung dan singgah di sawah padi menghayati keindahan matahari terbit ciptaan Allah Taala.. Sangat indah pemandangan ini..

Lokasi : Chenderong Balai 

#chenderongbalai #matahariterbit  #sawahpadi
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Nurul on Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.
  • Siti Nazila on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

26,336 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme