Sakit bahu , urat belikat dan bahagian belakang

Sejak akhir-akhir ni , prestasi saya sebagai ibu dan pekerja di rumah amat-amat merosot. Seingat saya … semasa mengandungkan syamim ( anak bongsu yang kini berumur 11 bulan ) selalu sangat sakit bahagian belakang , ingatkan ianya gejala biasa ibu mengandung , mana tahu ke sakitan bersambung semula setelah syamim di lahirkan dan berumur sekitar 6 bulan.

Sakit urat belikat bukan lah satu sakit yang boleh di buat main. Rasa nak sekeh orang ja .. duduk pun sakit. Terasa nak baring sahaja. Tetapi .. mana ada ibu beranak kan 4 orang anak yang masih kecil dapat baring 24 jam sepanjang hari. Lagi-lagi orang macam saya , seorang isteri yang berjauhan dengan suami dan menguruskan empat orang anak sendiri.

sakit bahu , tulang belikat

Saya bertuah juga , ketika sakit itu menyerang semula , suami ada di darat. Boleh lah beliau menguruskan dan menghantar / ambil anak pergi balik sekolah. Dan saya mempunyai lebih masa untuk berehat di rumah.

Namun sakit menjadi-jadi bila mana malam tidak boleh tidur. Bahu sebelah kanan tidak boleh di gerakkan dengan sempurna. Selama beberapa bulan juga. Ingatkan tereliuh , dan saya berusaha untuk pergi mengurut di sana sini.

Ada yang kata angin , jadi saya makan ubat untuk buang angin , halia , lada hitam , bawang putih jangan di sebut semua dah cuba. Kecuali pergi ke klinik , agak fobia hendak ke klinik keraa sebelum tu saya sakit teruk di bahagian kanan perut. Sudah jenuh di cucuk jarum.

Semakin hari semakin teruk pula.

Setelah suami di panggil untuk kerja semula , saya terpaksa menguruskan anak-anak semula. Sakit yang mejadi-jadi tidak dapat di tanggung lagi , maka TERPAKSA ke Klinik.

Dan .. Doktor menngesahkan saya mengalami radang otot. Otot stress dan perlu di rehatkan. Ya lah .. saya mana pernah berehat , Doktor memberi ubat untuk tahan sakit , krim panas dan juga ubat untuk otot tersebut.

Baru sehari saya makan dah terasa kurang sakit di bahagian bahu. Cuma urat belikat masih terasa bisa jika duduk terlalu lama atau tidak berehat / baring di dalam satu hari itu.

Pengajaran yang saya dapat di sini ialah.

Sebagai ibu , kita kena sayang diri sendiri , jaga kesihatan untuk kita kuat menjaga anak-anak dan orang sekeliling kita. Banyak kan berehat , dapatkan tidur yang cukup dan jangan stress. Kalau nak terrrr stress nak buat macam mana ? layan saja la.

Ayat pertama semasa jumpa doktor ” Doktor , kalau bahu terseliuh ada ubat ke ?

Doktor jawab ” ada ”

Saya tak pandai nak terjemahkan apa kata doktor tapi dalam surat khabar sinar harian online ada sedikit info saya copy di bawah  :

Sakit tengkuk, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sakit sendi faset tengkuk (cervical facet syndrome). Penyakit ini sejenis keradangan sendi (artritis) yang boleh berlaku di sepanjang tulang belakang kita. Bahagian paling biasa terlibat adalah pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian inilah yang paling banyak melakukan pergerakan pada tulang belakang kita. Sakit pada tengkuk akan lebih ketara pada waktu pagi selain daripada rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul.

Selain itu, otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi sakit apabila dipicit. Pesakit juga berasa seperti kebas pada tangan atau jari. Jika sendi bahu sudah mula sakit dan susah digerakkan, ini menandakan anda mendapat penyakit susulan kesan daripada sakit sendi faset ini, iaitu kekakuan sendi bahu (frozen shoulder). Ini biasa berlaku pada pesakit yang mengidap sakit sendi faset tengkuk jika dibiarkan tanpa rawatan.

 

Sekia , nukilan rasa

Ya ampun , banyak sangat cerita nak tulis dalam blog ni  , tunggu saja lah kesihatan saya pulih dan kesihatan internet di rumah ini pulih sama. Rosak mood menulis kalau ke dua-duanya tak sihat. Ini pun dah gian nak menulis.

40 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *