Pengamal Poligami Yang Berjaya Salih Yaakob !!

Salam Bahagia 🙂

Saya begitu hairan dengan Salih yaakob nih , bagaimana salih yaakob handle ketiga-tiga isterinya untuk menerima seorang lagi isteri ? Bagaimana lah kehidupan sebenar mereka kan ? Kita semua hanya nampak luaran je , dalam siapa yang tahu..apa – apa pun tahniah salih yaakob dah cukup kuota tu , yang ke 4 muda lagi tau !!!..aduii bertuah singguh ….bertuah ke ? haaaa…tepuk dada tanya selera..

Gambar salih yaakob dan 3 isteri
Gambar salih yaakob dan 3 isteri

sumber : mummy nemo

DIA dilihat sebagai antara pengamal poligami yang berjaya. Biarpun mempunyai tiga isteri pada satu masa, amat jarang kedengaran cerita kurang enak mengenai rumah tangga pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, didedahkan di media. Bijak sungguh Salih menjaga kerukunan rumah tangganya sehingga ramai lelaki mahu menjadikannya idola.

Bagaimanapun, ada khabar yang membisikkan bapa kepada sebelas cahaya mata ini sedang merancang untuk melengkapkan kuota yang diberikan padanya. Senang cerita, Salih bakal menggoncang tangan tok kadi untuk kali yang keempat. Gadis pilihan hatinya itu bukan calang-calang. Masih menuntut di pusat pengajian tinggi dan berusia 24 tahun, iaitu hampir separuh jarak usia mereka.

Apabila seorang lelaki separuh abad yang sudah mempunyai tiga isteri, tetapi masih menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi, tiada lain yang ada dalam fikiran seorang wanita, selain daripada menyifatkan lelaki itu gatal atau sudah buang tabiat. Tidak cukupkah dengan layanan yang diterima sehingga sanggup menambah cawangan yang sedia ada.

Gambar bakal isteri salih yaakob yang ke-4
Gambar bakal isteri salih yaakob yang ke-4

Tudia calon isteri ke 4 salih yaakob ..dasyat noooo…!!! cun pulak tu ..haaa….

Menurut sumber, nama gadis ni Emi, berusia 24 tahun , berasal dari Johor yang juga penuntut sarjana sebuah IPT…

Adeii korang jejaka terhangat yang masih bujang tu apa cerr ? kihkihkih

Rezeki kan , siapa yang tahu ..di doakan moga salih yaakob dan ister3 berbahagia….

nota kaki : puanbee tak rasa suami puanbee layak kahwin 4 ..haaa..so tk boleh !!

TOLONG PUANBEE MENANG BOLEH ??? KLIK SINI

Please follow and like us:

Puanbee

Ibu kepada 5 orang anak , Work at home mom ( WAHM ) sebagai tukang jahit. Berumur 35 tahun , sentiasa mempunyai semangat yang tinggi. Suka " cari " kerja. 😍

30 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.