Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam

Posted on November 16, 2014 by Puanbee

Hi pembaca blog puanbee. Saya tahu walaupun jarang sangat update blog ni , ramai yang singgah membaca termasuk baca entri lama saya. Terima kasih sangat saya ucapkan buat kamu semua. Sekarang memang agak sibuk dengan hal keluarga dan bisnes suam – suam kuku tu. Cuti sekolah pada september lalu kami sekeluarga melawat Cameron Highlands , perjalanan kami kali ini tidak di rancang , spontan sahaja si ayah mengajak kami semua bersiap dan terus bertolak dari Taiping ke Cameron Highlands , perjalanan mengambil masa cuma 2 jam lebih.

IMG_1867

Syamim dan ibu di KEA FARM  – Kami tidak mengambil mana-mana pakej , terus terjah ke sana dan cari hotel. Agak susah hendak membuat pilihan hotel kerana terlalu banyak pilihan. Setelah penat pusing-pusing dari bawah bukit  ke atas bukit dan menuruni bukit , naik semula ke tanah rata. Kami membuat pilihan untuk terus daftar masuk ke ARANDA NOVA HOTEL.  Bagi kami , hotel ini sangat lengkap dan sesuai untuk famili  yang ada ramai kanak-kanak seperti kami. Review akan di lakukan di dalam post lain.(  review klik sini ) Al-maklumlah terlalu banyak gambar.

IMG_1889Saya suka konsep hiasan begini , terasa jika satu hari nanti di takdirkan saya berpindah dan tinggal di rumah yang ada sedikit tanah , boleh lah bercucuk tanam macam ni.  

IMG_1894Seorang anak hilang pada waktu ini , tak tahu angin apa .. dia asyik ikut si ayah yang malas-malas nak bergerak ke sana kemari macam ibu dan kakak nya ni.

IMG_1883Teruja tengok bunga mekar dan kembang , cantik mata memandang , damai rasa hati. Apalah baby 10 bulan tu pandang ye ?

IMG_1825Saujana hijau ladang Teh Boh yang sempat kami lawati  , perjalanan kami di sini , separuh jalan je .. malas nak turun lagi dan minum teh , tak minat teh … saya peminat kopi .. anak-anak pula merengek nak tengok strawberry je .

IMG_1888

Maaf la , saya lupa nama tempat yang saya lawati .. ampun .. teruk betul blogger ni kan .. saya tak sempat hendak menulis semua detail … dengan 4 orang anak .. semua nya jadi huru hara.  Ladangstrawberry pergi , tapi tak ada buah .. kecewa sungguh.

IMG_18263 GADIS .. mungkin akan datang kita boleh buat THROWBACK di sini ..  Itu pun kalau umur panjang lagi nak tengok anak dara bertiga ni membesar jadi anak dara pingitan.

IMG_1827

IMG_1838

IMG_1882

IMG_1811

Oh .. di atas ni adalah gambar saya ( yang dukung baby ) dengan seorang sahabat baik sejak bangku sekolah .. seingat saya tahun 1999 dulu. Beliau sudah berkahwin dan tinggal di Cameron Highlands , sempat lah ajak berjumpa dan makan-makan sambil berborak panjang di dalam sebuah restoran steamboat yang terkenal , tetapi elektrik terputus. Malang sungguh nasib malam tu .. UNTUNG RETORAN TERSEBUT , SAYA LUPA NAMA RESTORAN MEREKA. Kerana terlalu asyik menyembang dengan kawan lama.

Seronoknya dapat jadi orang Cameron Highlands tu .. sejuk jek manjang , macam tak kena panas .. pula tu hari-hari dapat tengok bunga cantik-cantik .. dan murah ..

IMG_1812

” Zila .. aku memang rindu hang .. nanti kita jumpa lagi .. ”  sejak berkahwin memang susah nak jumpa mana-mana kawan baik pun .. biasa lah masing-masing ada tanggunjawab sendiri.

IMG_1824

Bank bergerak kami a.k.a Si ayah dan suami saya .. hihihi .. dia memang sibuk ..  tak boleh buat apa dah.

IMG_1808

IMG_1809

Suasana di dalam bilik hotel .. ibu dan ayah tidur bilik , anak-anak tidur luar … sejuk nya tak perlu di cakap , macam ada aircond , padahal tak ada aircond langung dalam hotel ni .. terbaik la ..

famili travel ke cameron highlands

Merenung nasib diri ..  Tuhan .. Aku bersyukur atas kegembiraan dan nikmat ini. Yang pastiya … nak pergi lagi .. boleh tak ?

Tak ada langsung gambar makan -makan , sebab semasa makan memang huru hara juga melayan kerenah ke empat-empat anak ni.Dan termasuk lah kami membuat penjanjian , makan tanpa handphone .. sebab tu la .. ampun..

28 thoughts on “Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam”

  1. Fyda Noh says:
    November 16, 2014 at 5:20 am

    Habiskan masa dengan family. kat mana2 pon memang seronok. Boleh jumpa kawan lama lagi yang dah lama tak jumpa, boleh tukar2 cerita.

    Reply
  2. diana says:
    November 16, 2014 at 5:10 pm

    best nya…
    Budak bulat tu dah 10 bulan ye..sihat betul dia..heheh..

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:08 pm

      tu waktu prgi cameron dia 10 bln , skrg dn setahun hahaa .. lama sgt mak ye na tulis ..

      Reply
  3. akubiomed says:
    November 16, 2014 at 8:55 pm

    Harap dapat bermalam disana. Kalau sebelum ini pergi balik hari sahaja.

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:07 pm

      bermalam dpt rasa hidup org sana , sejuk ..

      Reply
  4. emalinmohd says:
    November 16, 2014 at 11:23 pm

    Tak sabar nak tunggu entry penginapan tu sebab selalu balik hari je. Sure best rasa sejuk tanpa aircond

    Reply
    1. puanbee says:
      November 29, 2014 at 11:59 am

      dah ada entry penginapan tu

      Reply
  5. Noriza Rahman says:
    November 17, 2014 at 10:01 am

    Memang best kalau boleh jejakkan kaki lagi ke CH ni. Tapi sayu hati la bola tgk TV skrng ni CH habis dijajah oleh pendatang yg rakus. Habis gondol bukit2, sayang sangat!

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:06 pm

      dah ada entri hotel nya .. memang gondol lah cameron highlands tu , sesak juga ..

      Reply
  6. Ani Haryani says:
    November 17, 2014 at 10:31 am

    Seronok bercuti dengan family. Lavender Farm sangat cantik kan! 😀

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:06 pm

      aah lavenda farm cantik , tp tak ada bunga ros dan nak petik strawberry tk bolh .. buah tak ada ..

      Reply
  7. Ummi Hanie says:
    November 17, 2014 at 4:08 pm

    sonok dpt coti2 malaysia kan…
    nis x tahan perjalanan tu je…peningg…

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:05 pm

      bee memang suka tengok hutan bukit2 , jd k terasa pun .. tau2 dah sampai ..

      Reply
  8. Niza Yusof says:
    November 17, 2014 at 9:49 pm

    Seronoknya pegi Cameron..ni yang rase nak pegi ni…

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:04 pm

      pergi la ..

      Reply
  9. Raihanah Ahmad says:
    November 18, 2014 at 1:12 pm

    dah lama tak ke cameron. tak silap tak pernah lagi bawa anak2 ke sana. rindu pulak rasanya.

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:04 pm

      saya tak pernah pergi , itu kali pertama .. 🙂

      Reply
  10. Sya Isya says:
    November 20, 2014 at 2:53 am

    sesungguhnya, Sya benci bee taw. mencik mencilk.
    Sya nak gi Cameron tak dapat2 taw… jeles!

    Reply
    1. puanbee says:
      November 22, 2014 at 6:03 pm

      hahaha nanti pergi la syasa .. pergi untuk jalan2 tengok2 je .. tak perlu spend banyak sangat duit .. hotel dan makan .. ngeee

      Reply
  11. Pingback: Review : ARANDA NOVA HOTEL CAMERON HIGHLANDS | Puanbee.com
    1. Yourfabulousmama says:
      February 28, 2017 at 10:04 pm

      Whoaa bestnya hotel ni. Cantik view dia. Biasa datang Cameron balik hari je. Next time bawak family jauh mungkin boleh stay hotel ni. In Shaa Allah.

      Reply
  12. Azeni Ahmad says:
    November 30, 2014 at 7:31 am

    Terasa sangat nak pergi cameron dalam masa terdekat nie..
    Tetapi disebabkan banyak kes yang berlaku memang membantutkan kami..
    Sayang sangat habis tanah ditarak..
    Hilang permandangan yang cantik..

    Reply
  13. Hafizul says:
    December 1, 2014 at 7:37 pm

    Strawberi mana Puan bee?? Ke tak makan strawberi g sana?haha

    Reply
  14. Iffah Azhar says:
    December 2, 2014 at 7:57 am

    hari tu dah plan dah pergi ke cameron. memang dah eksaited. skali ada berita, cameron banjir. wallahhhh, terbantut sudah rencana nak gi sana. last time pergi cameron 10tahun++ yang lalu.

    Reply
  15. NOREHAN SAAD says:
    December 3, 2014 at 3:21 pm

    cantiknya pemandangan kat cameron highlands….pernah pergi sekali je…

    Reply
  16. adilah manaf says:
    December 3, 2014 at 4:56 pm

    Next time saya plan nak gi ke sini plak.
    Selalu pergi cameron tapi tak pernah singgah sini.
    Anyway thanks for sharing!

    Reply
  17. NOREHAN SAAD says:
    December 14, 2014 at 11:02 pm

    Cameron Highlands memang tempat yang menarik untuk dilawati….sesuai untuk seisi keluarga…

    Reply
  18. kaptenkiid says:
    January 11, 2015 at 8:41 am

    rasa nak g je cameron highland..nampak best je tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#MuziumTaiping #Muzium #Taiping Dalam video ni.. Kalau anda tabah tengok lah sampai habis.. anak dari yang kecil sampai lah yang tua ..memang sangat aktif ya.. Adoiyai.. Geng pak2 tenang je lepak kat luar.
VLOG KAMI DI MUZIUM TAIPING. MUZIUM MASIH TAK BERUBAH..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhub0w5aFctT2x3
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

25,300 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme