Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Published on: May 20, 2012 @ 14:19 : Mintak maaf pada yang bertanya di Facebook tu , saya cuma ambil dan nak share disini , Ibu-ibu bapa-bapa yang baca ni boleh share disini tips membuat sambal belacan sedap , asal korang makan sambal tu rasa sedap kira sedap lah tu , boleh lah share dengan kawan-kawan yang lain kan…

Biasalah perempuan semua nak masak sedap-sedap untuk suami kan, Bila suami komplen sambal belacan tak sedap , harus buat sesuatu … setakat ni sambal belacan saya memang hari-hari suami suruh buat …sebab tu guna cara cepat … Sambal belacan yang sedap banyak versi sebenarnya , janji cari belacan yang sedap dulu , kalau boleh lepas beli belacan tersebut , haruslah di bakar sikit sampai keluar bau , nanti bila dah buat sambal belacan ada rasa belacan yang telah di bakar , sedap wooo…

cara buat sambal belacan sedap

Kalau ikut cara saya buat sambal belacan versi cepat dan mudah sekali , malam2 blender je … ngengngeeenggg dah siap ! .. biasa saya nak buat apa pun kena cepat , sibuk.. ahaks…

  • belacan haruslah di bakar dulu , lepas beli bakar terus lepas tu simpan dlm peti ais. Bakar dalam kuali leper je.
  • guna asam limau / asam jawa.
  • cili padi + cili merah (cili padi segemgam + cili merah 4 biji)
  • sedikit garam

Saya biasa guna blender aje … kalau nak tumbuk lambat.

  1. Masukkan cili padi , air asam jawa pekat (sikit je agak-agak tenggelam cili)
  2. Masukkan belacan 3 inci lebarnya
  3. Blender sampai halus
  4. Masukkan cili merah
  5. Blender sikit je sehingga cili merah hancur tapi tak halus.

Sedapnya sambal belacan saya .. hehehe …

P/S : Nanti dah buat sambal belacan baru letak ye .. stok cili dah habis pulak waktu buat entri ni.. jom tengok resepi air asam pulak disini

Please follow and like us:

Puanbee

Ibu kepada 5 orang anak , Work at home mom ( WAHM ) sebagai tukang jahit. Berumur 35 tahun , sentiasa mempunyai semangat yang tinggi. Suka " cari " kerja. 😍

40 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.