Buat Watermark Cantik Tanpa Adobe Bagai

Salam Bahagia πŸ™‚ Bahagia ke hari nih ? ehek ..puanbee biasalah bahagia dan tak bahagia sama rata tapi kita kena juga tempuh hidup ni dengan penuh semangat tak kan nak bunuh diri pulak , tapi kalau bunuh nyamuk tu puanbee sanggup ler πŸ™‚ sebelum puanbee yang pelupa nih lupa nak cerita tentang watermark lebih lanjut baiklah kita sambung pelajaran kan ? ekeke..

Siapa yang dah baca entri puanbee sebelum nih ? dan siapa yang belum ? Dah baca ? bagus so sekarang nak ajar korang buat watermark pulak ..dah download photoscape tak ? Kalau belum sila download dulu …

KEPENTINGAN WATERMARK & APA WATERMARK TU ? KLIK SINI

DOWNLOAD PHOTOSCAPE PERCUMA DISINI

Dah siap baca dan download meh ler kita buat satu watermark ..rahsianya adalah cooltext ..moh kita ke cooltext dulu…

COOLTEXT.COM dan pilih satu logo style yang korang suka ,

cooltext
cooltext

STEP 1 – BUAT WATERMARK

Contoh bee akan pilih jenis Frosty, jenis animated jangan yer tak sesuai untuk watermark ,

Hanya taip nama blog untuk di pamerkan , adjust saiz , pilih warna dan pastikan file format dalam PNG ok ! dah siap semua klik Render

Dah klik render tu , klik download dan save dalam komputer masing – masing , kalau nak lebih cantik dan kreatif lagi , atau ada lagi yang nak di tempek kan ke watermark tu buat semula proses yang sama satu – satu nanti kita gabungkan semuanya sekali , di ingatkan format PNG ni biasanya hanya boleh di buat dengan adobe photoshop dan bee tak de photoshop jadi ini cara alternatif dan paling senang bee rasa..bee ada nak tambah ke watermark tu ,

OK bee dah dapat 2 gambar yang bee nak jadikan watermark nanti , satu nama blog dan satu lagi tagline blog , kita hanya perlu combine kan kedua- dua gambar tu untuk memudahkan proses nak di tempek pada gambar nanti πŸ™‚

STEP 2 – COMBINE GAMBAR

Ingat kalau buat satu je gambar tak perlu ikut step nih , yang ni memang rumit sikit , kalau korang ada adobe photospop boleh combine kedua2 gambar tu guna adobe , tapi kalau tak de macam mana ? jangan risau bee ada satu cara untuk edit gambar di online seakan -akan sama dengan photoshop , percaya tak ?

Heh sila ke SUMOPAINT dulu , Daftar dan Klik pada open sumo paint

Dah register dah masuk klik pada new file , dan masukkan detail yang di perlukan , saiz , nama objek dan juga jenis mesti ambil transparent yer…contoh dibawah πŸ™‚

Klik pada File , import to layer , from my computer , contoh dalam gambar dibawah

Mula cari gambar dari cool text yang telah kita buat tadi dan masukkan satu – satu , sebenarnya di sumo nih boleh juga buat header dan banner transparent ..kalau nak tambah gambar lain pun boleh , jika korang kreatif , tapi bee buat simple saja..ok watermark dah siap ..wee…

Dah siap masukkan gambar semua , adjust saiz untuk adjust kena klik free transform dulu , kemudian korang klik save to my computer dan jangan lupa letakkan format PNG ..

OK korang kalau nak senang hanya ikut step 1 , tak perlu pening2 kan , tulis je panjang2 di cool text tu , step ke dua nih untuk korang nak kreatif kan lagi watermark tu , di sumo paint tu korang boleh tambah apa-apa gambar …photoscape tk boleh buat format PNG untuk transparent tu , ke bee yang tak tahu ? kalau korang tau sila komen nanti yer..

Jadi dah siap watermark , next post bee akan ajar korang masukkan watermark nih ke gambar menggunakan photoscape , atau korang yang memang tak nak buat watermark tapi nak letak watermark , bee akan ajar nanti ..atau korang nak lagi senang tempah jer..kakyong.com ada servis buat watermark hahaa…ok lah korang buat dulu nih 3 jam buat entri nih leh masuk rekod beb…..nak copy sila bagi kredit uhhh..penat !..gambar jgn copy lorrr…

36 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.