Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Saya demam , pada zaman dunia di landa wabak pandemik Covid 19 yang gejalanya adalah DEMAM , SELESEMA , BATUK DAN LEMAH SENDI SERTA ADA YANG HILANG DERIA BAU. Aku menjadi takut sendiri kenangkan anak-anak seramai 5 orang. Yang paling kecil masih menyusu dan special sikit , umur 3 tahun masih belum pandai bercakap serta kuat tanturm nya. Anak yang 4 lagi pun tak juga kurang hebatnya buat mak kelam kabut dengan sekolah online mereka. Oleh itu aku menjadi agak serabut. Demam tapi tak dapat rehat secukupnya.

Aku makan ubat UPHAMOL tu sehari 2 papan. Hangpa bayangkan , demam pulak berlarutan hampir seminggu dah. Masuk hari ke 8 aku tak tahan sangat dah duk terbaring banyak. Rumah macam tongkang pecah. Kerja banyak tertunggak. Masak pun cincai cincai. Aku harapkan suami aku beli lauk. Ermm memang lauk je lah dia beli.

Ada kawan suruh telan lemon sebijik tanpa campuran untuk cepatkan sembuh. Malangnya penat aku telan sikit-sikit dah la macam ianya membuatkan aku bersahabat baik dengan cik tandas. Apaaa lah nasib .. lagi lemah tak berdaya aku mcm tu. Akhirnya aku beli lah vitamin c. Cari punya cari vitamin c yang kandungan tinggi dan harga berpatutan aku dapatlah beli vitamin c cap watsons ni melalui food panda. Kalau di harapkan suami aku dia tak tau nak beli yang mana satu.

Vitamin c ini kena rendam dalam air. Selepas itu baru boleh minum airnya. Aku buat 2 kali dalam sehari maksudnya 2 pil. Maksudnya 2000 mg lah sehari aku ambik untuk hari pertama. Dan 1 kali je hari kedua dan sehingga sembuh betul. Hari pertama minum airnya tu aku rasa kuat sikit nak bangun dan terus buat sulam tempahan yang tertunggak.Allhamdulillah ya Allah atas nikmat kesihatan ini.

Sekotak seperti di dalam gambar di bawah berharga RM48.10 , ada 3 botol kecil. 1 botol ada 10 pil. Okay lah untuk anak beranak amalkan sementara nak sembuh betul. Adam yang batuk kuat tu aku bagi juga. Belah dua pil tu. Tak boleh bagi lebih kang overdose satu hal pula.Adam , syamim dan laila. 3 beradik ni nampak sihat sikit selepas minum air vitamin c ini. Tidak ka muka semua ala ala zombie.

Dengar dengar mereka yang positif covid pun makan vitamin c dan ubat biasa je di ward kan? So aku pun makan vitamin c aje lah. Yang syoknya dalam duk demam tak lalu makan cik suami pergi beli durian D24. Saja perangat aku kan. Makan jugak demam tak demam. Durian tu aku tak pernah tolak wehh. Jangan harap. Kah!

Pantang tuk nenek aku tolak durian.

Show 2 Comments

2 Comments

  1. Sebenarnya tak perlu banyak gram untuk makan Vitamin C sebab Vitamin C tidak kekal lama dalam badan.

    Vitamin C perlu untuk memperkuatkan imunisasi badan.

Leave a Reply to Puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.