Ulang tahun perkahwinan ke 12

Pertama kali , sungguh … saya bersyukur sangat kerana dengan izin-NYA , saya dapat mengharungi cabaran dugaan di alam perkahwinan. 12 tahun .. bertahan.. dugaan dari pelbagai sudut dah pun rasa , tak perlu di ceritakan .. yang lepas biarkan lepas .. kerana setiap perkahwinan pasti ada dugaan , cabaran tersendiri.

Setiap hari , hanya mampu berdoa .. semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhirat .. semoga perkahwinan ini tetap utuh sehingga ke hujung nyawa. Semoga di tetapkan hati dan sentiasa wujudnya kasih dan sayang dalam keluarga yang di bina ini.

Ulang tahun ke – 10 .. sambut meriah … ada surprise ..

Ulang tahun ke – 11 .. saya mengandung anak ke -4 … usia kandungan 5-6 bulan .. tak ingat .. agak-agak je .. malas nak kira balik .. tapi memang ingat .. suami ada di Jakarta .. Suami pos hadiah jam tangan dari sana. Suami beli jam tangan sepasang.

abg

Ulang tahun ke – 12 .. saya hanya mampu berlinang air mata .. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ni. Suami belayar di laut china  menuju ke surabaya. Saya tertengok berita kapal korek karam di laut china , 12 orang hilang . seorang selamat … saya tertengok berita pasal laut banyak sangat.

Hati tak keruan .. masuk hari ke 11 .. tak dengar berita suami , saya dah mula demam .. hari – hari tidur dan buat benda peting sahaja .. kesihatan merosot sebab jiwa tak keruan.. nak tidur malam pun dah tak boleh .. Nak tolong anak buat homework pun dah tak de mood . Hanya mampu berdoa dan terus berdoa .. hanya Allah je dapat bantu ..

Dah masuk hari ke – 12 baru lah terima mesej di atas .. saya tengok telefon .. ada misscall 3 kali .. sungguh tak perasan.. syamim tengah tengok youtube .. bila call semula , suami dah tak ada line .. sedih sangat ..

Tapi tak apa lah .. sekurang -kurang nya tahu suami selamat dan sihat. Allah betul betul mendegar doa hambanya .. malam tu memang sungguh – sungguh berdoa ..

Ya allah .. memang lah air mata tak dapat di tahan. Dugaan sungguh .. rasanya tak sanggup lagi lah nak berjauhan macam ni .. rasa macam …. bila dia balik nanti nak minta suami cari kerja lain. 🙁

Banyak sangat dugaan yang terpaksa di harungi kalau berjauhan macam ni. Saya rasa macam tak sanggup lagi dah. Gaji hebat pun tak guna juga kalau jauh-jauh macam ni.

Selamat ulang tahun abang … semoga sihat selalu dan hati hati di perantauan .. sayang abg hingga hujung nyawa  “

Jangan risaukan kami.

Show 10 Comments

10 Comments

  1. Tahniah Bee..besar nya cabaran bila suami kerja jauh2 ni..kan?besabar je la..Berdoa banyak2 minta diberikan peluamg untuk duduk bersama ..Saya kalau suami kerja luar 2 hari je dah susah hati..eheheh..ngengade kan>.hahah

  2. tahniah bee n suami…
    moga terus bahagia ke JannahNya… amin…
    nis pun gabra gak masa hubby gi China aritu.. maklumle naik penerbangan yg bersejarah tuu…
    apapun alhmdllh semuanya OK… teruslah bertabah . baaaanyak pahala tu bee jaga anak2/rumahtangga

  3. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pn Bee ! Biar cinta bersemai hingga ke Syurga Amin 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.