Tuan WAN NONG MUZAFAR – Ini Bisnes Bukan Propa ( IBBP2017)

Assalamualaikum dan hai.

Hai orang  sahabat .. dah bangun tidur ke belum ? 🙂

Akak dah bangun dah semalam. Semalam akak sempat lah jumpa dengan seseorang yang telah menjadi viral satu ketika dulu di The Vocket. Tajuk : 9 Perkara Saya Belajar Ketika Hampir Bankrap Akibat Berbisnes. Akak suka sangat dik … teruja sungguh. Maklumlah akak cita – cita nak jadi tukang jahit brjaya abad ini. Tapi tak tahu lah macam mana nak mula pun.

Jadi allhamdulillah , semalam akak telah di beri peluang bertemu dan bertentang mata dengan Tuan Wan Nong Muzafar. Pertemuan ini telah pun dapat membangunkan akak. Tuan Wan Nong Muzafar yang asalnya dari keluarga sederhana , belajar sampai keluar negara. Mempunyai banyak pengalaman dalam dunia bisnes kini berjaya hidup mewah senang , sampai duit banyak tak tau buat apa. Kalau dia boleh , kenapa kita tidak ?

Akak bukan nak mewah sangat dik .. Cukup la kalau akak dapat beli rumah , anak – anak pergi sambung belajar tanpa hutang. Boleh hulur duit denkat mak 2-3 ribu sebulan. sob sob sob .. belum mampu.

Ye lah kita tak belajar tinggi sangat. Tapi kita boleh belajar bisnes dengan orang yang ada PENGALAMAN dan telah terbukti. Tertimoni atas pengalaman Tuan Wan Nong Muzafar banyak. Bukan sedakar sifu pandai cakap sahaja ye. Hampir 2000 usahawan telah di latih oleh Syarikat ILM Legacy sendiri walaupun baru sahaja di tubuhkan pada tahun 2015. Sangat agresif. 

Tuan Wan Nong Muzafar telah berkahwin dan di kurniakan tiga orang anak.

Korang jika masih belum mengenali Tuan Wan Nong Muzafar ini. Ini serba sedikit akak cerita , kalau akak tak blur dan terlupa sikit sikit tolong betulkan. Akak memang suka blur.

  • Pernah hampir nak bankrap. Berapa kali kereta kena tarik dengan pihak bank. 🙂
  • Pernah jadi pegawai bank.
  • Pernah kerja part time kutip buah di New Zealand sambil belajar.
  • Pernah kerja 6 pekerjaan serentak setiap hari. Macam – macam dia buat , cucuk sate , tukang masak , kontraktor , suply barang ke MARDI. eh apa lagi tak ingat pulak.
  • Pernah buat loan banyak sangat tapi semua tak mampu bayar. Sampai pinjam duit isteri pun ada.
  • Pernah kerja dengan Kumpulan Media Karangkraf sebagai Pengurus Perancangan Strategik.
  • Kemudian berhenti kerja dengan Kumpulan Media Karangkraf dan menjadi bisnes consultant dan sangat sangat berjaya. Ramai dah menjadi pelanggan beliau dan semua nya berjaya viral dan bisnes semakin maju.
  • Terkini beliau menjadi CEO di syarikat nya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn Bhd. Pelanggan nya datang dari pelbagai jenis kasta , korporat , kerajaan , persendirian dan sederhana.

Beliau juga penulis kepada tiga buah buku ” best seller ” setakat ini

  • Tajuk buku : Kuasai Formula Perniagaan , Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 , Kuasai Perniagaan Internet Siri 2.
Akak dah ada satu buku ni , kena lah beli lagi 2 ye tak ?

Apakah yang mampu ILM LEGACY mampu lakukan untuk peniagaan anda ?

ILM Legacy berfungsi untuk mecari penyelesaian secara praktikal dalam dunia perniagaan online dan offline nyata telah membuktikan ia amat berguna kepada pelanggan bagi mengembangka perniagaan mereka ke satu tahap yang lebih baik.

Terdapat 3 bentuk perkhidmatan utama yang di tawarkan iaitu :

1: Latihan

Berperanan sebagai rakan pusat sehenti , latihan yang memberi fokos kepada usahawan industri kecil dan sederhana serta peniaga berskala besar dengan membantu persediaan dari segi perancangan strategi bagi memastikan perniagaan yang di jalankan kekal membangun dan mengadakan keuntungan.2

2: Perkidmatan Nasihat

Setiap pelanggan akan di bimbing untuk mendapatkan idea baharu dan innovatif berdasarkan kepada kehendak mereka. Kami akan memastikan kempen pemasaran yang di jalankan tidak kira kempen berteraskan jualan mahupun penjenamaan akan sampai kepada golongan sasaran dalam kita berada di dalam dunia di mana maklumat berada di hujng jari.

3: Perkhidmatan perancangan dan pengurusan kewangan

Menyediakan pelbagai pendekatan untuk merancang dan mengurusan kompnen kewangan peniagaan. Sama ada pendapatan mahupun perbelanjaan, ILM Legacy akan memastika pengurusan kewangan sentiasa kemas agar memudahkan perkembangan ke peringkat lebih besar.

Terkini Syarikat ILM Legacy akan menganjurkan :

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa ( IBBP2017 ) 2017. 

Di adakan pada 13 dan 14 Mei 2017.

Tempat : Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)

Kelebihan program ini adalah , penekanan terhadap kandungan realistik dan praktikal. Setiap elemen di bahagikan kepada elemen strategi dan applikasi “real life ” di mana ianya akan di sampaikan oleh pengamal pengamal perniagaan yang sdah melalui pelbagai liku – liku turun naik perniagaan.

Seramai tujuh ahli panel akan berkongsi pengalaman dan tip bagaimana untuk usahawan berjaya. Antaranya ialah :

  1. CEO Jelitasara Tuan Wan Zaki
  2. CEO Emorra & GGL Tuan Noorizam
  3. Pengarah Pemasaran Vidmill Faisal Badry
  4. CEO Akademik Sinergi Tuan Fazrul Ismail
  5. Selebriti Puan Fynn Jamal
  6. Tuan Fizo Omar
  7. dan Tuan Wan Nong Muzafar sendiri sebagai pembentang strategi – strategi dan setiap komponen seminar tersebut.

Siapa yang patut hadir Ini Bisnes Bukan Propa  2017 (IBB 2017) ?

  • Berminat untuk menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang “STUCK” atau berniaga yang cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
  • Usahawan yang igin “UPGRADE” perniagaan ke tahap yang lebih besar.

 

Untuk berjaya tak ada jalan singkat. Tapi sentiasa ada cara untuk berjaya
Tuan Wan Nong Muzafar sendiri sempat berpesan , Stay Humble , sentiasa mudahkan kerja orang lain. Perbanyak kan sedekah , buat lah kebaikkan walaupun kecil di mata kita. Besar di mata orang lain. Pedulikkan perkara negatif , buat hal sendiri sehingga berjaya. Sentiasa berdoa.

Insyallah , akak cuba.
Korang macam mana ? Jom lah jumpa 13 dan 14 Mei ini. Akak minat tapi belum tahu lagi dapat pergi. Nak raya ni korang ..fokos menjahit lah.
Untuk maklumat lanjut mengenai beliau, sila layari :

www.wannongmuzafar.com
Atau email ke :
Admin@wannongmuzafar.com
Facebook Fanpage :
https://www.facebook.com/wannongofficial/

#IBBP #IBBP2017  #IniBisnesBukanPropa #WNM #ILMLegacy #WanNongMuzafar ( #Puanbeebukanpropa —> ye lah tu … )
 

Show 7 Comments

7 Comments

  1. Sesiapa yang rasa nak meniaga tu elok masuk dan dengar pengalaman beliau
    .
    Bukan kisah manis saja
    .
    Ada pahitnya juga berniaga

    • betul , memang banyak sangat pengalaman boleh di kutip , kami borak smpai ke tengah malam ..rasa tk mau balik .. aki dgn anak tunggu kat rumah tu

  2. Ibu ni minat nak berniaga. Dulu adalah tolong nenek jual kuih keliling kampung
    .
    Dah besar ni macam dah hilang semangat tu
    .
    Nak mulakan semula dari bawah

Leave a Reply to Mama Hakim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.