Tips Kurus Selepas Beranak Pinak

Saya dapat banyak PM ( Private Messege ) di Facebook , kebanyakkan nya dari pembaca setia blog puanbee.com ni. Terharu saya bila masih ada juga yang mengikuti perkembangan diri saya secara diam. Siapa lah saya ni .. hanya seorang surirumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Blog ni pun saya tulis sekadar hobi. Tak ada apa yang istimewa sangat pun.. kecuali bebelan biasa seorang ibu dan pengalaman pengalaman rakyat marhaen biasa.

Tapi .. di sebabkan dah berjanji juga dengan 2-3 orang pembaca yang saya akan share tips kurus dan kecantikan dari saya .. mereka nak tahu sangat apa saya buat terhadap diri saya , dari segi kulit dan bentuk badan telah berubah.

Saya kurus sikit .. saya masih gemuk. Huhu .. untuk mencapai berat ideal saya perlu buangkan lagi 25kg. Walaupun saya telah buang hampir 20KG lemak sebelum ni.

pb kurus 2

Di atas gambar saya dulu-dulu … masa ni anak baru 3 orang .. sihat sungguh … lebih 100kg berat saya waktu tu. Memang saya selalu tulis nak kurus , nak kurus , tapi tak pernah tercapai pun … macam-macam dah buat la .. makan segala ubat kurus duk macam tu juga. Pakai corset .. nampak shape tapi tak kurus juga.

Dua di bawah ni gambar terkini …

Macam mana nak kurus ?

pb kurus

Dulu saya pernah terbaca di facebook Ustazah siti nurbaayah .. kalau nak kurus di samping diet dan senaman , kita perlu DOA . Doa sunguh-sungguh minta nak kurus.

Saya turun berat banyak selepas beranak kan anak no 4 tu . Di samping jaga makan …air kosong minum banyak giler .. menyusukan anak .. saya memang dah terbiasa kurang makan , kerana semasa mengadungkan baby ke 4 tu saya tak makan sangat.

Jadi senang …pb tips kurus

Apa yang betul-betul saya buat adalah :

  1. Minum air kosong 3 liter sehari , saya tak minum air manis lain kecuali nescafe yang saya bancuh sendiri dan sukatan gula hanya 2 sudu sehari.
  2. Nasi cuma sesenduk , dah lama saya buat ni selepas menghadiri kursus jom kurus Kevin Zahri. Makan nasi sehari sekali , kadang-kadang tak makan nasi selama beberapa hari.
  3. Saya ada juga cuba diet atkins selama sebulan fasa 4 , sebab saya ibu yang menyusukan anak jadi tak boleh buat fasa 1,2,3 di khuatiri anak kurang khasiat.
  4. Tidak amalkan tidur siang.
  5. Saya ambil cuka apple , 2 kali sehari .. setiap pagi dan malam. ( cara nya saya akan tulis dalam next etnti )
  6. Menyusukan anak secara ekslusif .. di mana semua orang tahu menyusu anak dapat membuang banyak kalori.
  7. Makan ulam dengan banyak , sayur banyak .. jika tak ada apa2 sayur sekali pun saya ratah timun jepun.
  8. Tukar cara masakkan .. banyakkan makanan bakar dan rebus. Suami balik baru saya masak lemak-lemak .. lain dari tu saya masak sup dan bakar-bakar sahaja.
  9. Jangan skip sarapan.

Bila cara makan kita berubah , badan akan mebakar lemak sendiri , tanpa perlu ubat ubatan untuk kurus lagi. Kulit akan cantik dengan sendirinya. Terus terang.. saya cuma pakai pencuci muka jenama Safi .. kadang-kadang masker dan bedak biasa .. gincu merah tu jek .. saya tak sempat makeup pun.

NOTA : Saya minta maaf sebab dah  lama janji nak tulis tapi tak tulis pun dek kerana sibuk dengan anak-anak yang 4 orang ni , setiap hari saya berdoa semoga saya dapat konsisten menulis tapi tak dapat. 🙂

Terima kasih kerana membaca.. akan datang saya akan ajar dan share kebaikka cuka epal ya.

  1. tips kurus : DUA CARA TERBAIK TURUNKAN BERAT BADAN
  2. Tips Kurus : Resepi Jus Beet Root Untuk Diet Yang Sihat
  3. Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong
  4. Diet tips dan testimoni kurus dari @qaqajamal
  5. Kevin Zahri : Tips Diet Yang Romantik Yang Lelaki Kacak Boleh Amalkan
  6. Macam mana nak kurus ? Kira BMR , DCR , BMI , LOA ?
Show 15 Comments

15 Comments

  1. Aju

    Tahniah Puan Bee atas semangat Puan untuk kurus.

  2. hai puan bee…kita jumpe dlm insta…
    mesti lupe saya kot
    its ok
    inspiring nye kisah awak ni
    btw sy pun tgh usaha nak kurus ni…dan sejujurnya saya sgt2 setuju pendapat awk
    doa….mmg penting doa…
    keep in touch dear

  3. yanmie

    Salam Bee,
    Wahhh congrats bee dah slim melin sekarang ni, caiyok…caiyok!!

    • tak la seli melim sgt …
      ai kak rajin blogwalk skrg ni .. 🙂 rinduuu

  4. tips yang no 4.. alamak..kekadang terlelap.. hihihi… saya memang nescafe tak tinggal… selang sari mesti amik nescafe.. 😉

  5. Bestnya..Puan Bee memang bersemangat waja.Nampaknya kena ikut tips yang Puan Bee bagi.Saya pun tengah usahakan nak turunkan sikit berat badan sekarang.Selera makan mencanak-canak sekarang ni..:)

  6. besttt sangat kan bila menyusu anak ni.. berat turun tanpa perlu bersusah payah sangat hihi…

  7. Macam saya lepas bersalin memang mind set nak kurus nak kurus nak kurus. hihi. Apapun tahniah Puan Bee

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.