Terlambat Tengok Sahara Tv 3

Salam bahagia ,
{nak komen klik tajuk yer}

OK baru semalam layan cerita sahara di tv 3 , tertinggal kereta apai lagi , entah apa yang bee buat sehingakan bee tak tahu pun ada cerita sahara di tv 3 nih , semalam macam “eh , ini cerita apa ? tak pernah tengok pun” biasa..bee tanya pada kay gitu dan tak pernah pun dapat jawapan ..adoiyaiii….kan lelaki tak minat drama-drama nih , bosan je aku layan drama sorang – sorang nak ajak anak-anak jangan harap ler… kalau buka channel katun baru diorang duk diam , kalo time ibu nak melayan tv gamat gempita rumah di buat nya ..bising sungguh !..erm nak buat cam mana na kan..

Sinopsis Sahara

Sahara yang mengisahkan kisah cinta dua wanita yang mempunyai talian persaudaraan, Sahara ( Nanu) dan Tina (Tasha Shila).

Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.

Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.

Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.

Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.

Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

comel sunggu tasha shila kan ..macam patung , sebelum nih tasha shila berlakon dalam drama gemilang hehe…

tasha shila
tasha shila
tasha shila
tasha shila

Dah stop cerita drama ..meh layan OST sahara dari rossa – hati yang kau sakiti – memang nangisss…

lirik lagu – hati yang kau sakiti-

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

psstt : tak boleh bee kalau dengar lagu sedih-sedih nih …nak-nak time hati kita tak keruan , air mata nih gatai je nak keluar 🙂 layann..

Show 9 Comments

9 Comments

  1. layan citer nie semalam..aduh makin sakit hati plak…melampaui betul tindakan tina tue kat sahara…

    • aduh baru jumpa peminat drma lelaki akk tk pernah tengok smlm tengok sikit jer..

  2. slot samarinda ni
    akak xpenah tgk sb masa ni mata dah terlali2..hehe
    nampak tilam je…hehe

    • ha org berkerja memang gitu tp bee nih memang jenis tidur lewat kak

    • kan comel sungguh dia ..adui nih kalo ngandung elok tenung muka dia ..

  3. suka lagu rossa tu..masa tu memang hati sakit..ahaks..geram pun ada tengok drama ni..

  4. ayu jamal

    thanks bee
    memang tengah cari lagu ni..tajuknya tak tahu..ayu suka layan cite ni tiap malam..benci n watak tina tu..hu hu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.