Tahun 2016 untuk blog puanbee.com

Salam dan hai , ada ke pembaca blog puanbee.com lagi ni ? setelah tahun 2015 menjadi tahun paling sikit entri di update membuatkan saya terasa nak buat wish list dan sedikit perubahan lah pada tahun 2016. Memandangkan usia baby dah semakin meningkat , kemungkinan ragam dia semakin berkurangan. Maka saya ambil beberapa tindakan untuk megembalikan mood menulis.

Menukar syarikat langganan hosting dan domain.

Rasa tak manis pula saya ceritakan di sini , provider sebelum ini DataKL . Tidak ada apa-apa masaalah .. saya cuma tukar kerasa saya dahulu memang dah lama langgan hosting dan domain dari Serverfreak. Saya rasa Serverfreak memenuhi citarasa saya , jadi saya telah pun tukar pada awal disember 2015 lepas. Harga pun lebih kurang sahaja.

Menukar theme blog

Kot lah lepas ni rajin update .. semoga rajin update dan dapat menambah income blog ni. Dapat juga la saya gunakan duit untuk menaik taraf hidup. Gitu .. kan pak menteri minta kita cari kerja ke dua. Ayoyoyo … banyak kerja saya , surirumah .. peniaga emas kecilan .. driver sampngan anak doktor hantar ambik dr sekolah dan menulis.

New-Year-Eve-Clip-Art-2016-14

Umur makin tua , anak dah 3 orang bersekolah .. anak sulung saya akan menduduki UPSR pada tahun 2016 , kalau dulu UPSR perlu skor 5A , sekarang perlu skor 6A. Tak ada mata pelajaran di tambah , tapi sebaliknya matapelajaran Bahasa english di pecahkan kepada dua bahagian.

Antara fokos 2016 adalah untuk anak tahun 6 tu lah.

Diharapkan tahun 2016 ni ALLAH memberikan tuah , keberkatan dan kisihatan yang baik. Semoga semua urusan bejalan dengan lancar .. gembira selalu .. begitu juga lah hendaknya .. saya doakan buat semua pembaca blog saya ni.

Babai 2015.

Show 14 Comments

14 Comments

  1. Setakat ini dengan hosting Server Freak. Sangat berpuas hati khidmat lepas jualan yang memuaskan. Tahun ini tak banyak modal untuk kekal blog dan hosting sebab semuanya pembayaran datang dari hasil blog melalui advertorial dan affiliate.

  2. Nissan Mobil Terbaik Pilihan Keluarga Indonesia

    Saya selama ini pake VPS dari hosting punya sahabat sendiri, Alhamdulillah masih aman sampai sekarang. Btw, tahun baru semangat baru motivasi baru dan impian baru. Semoga semangat blognya akan terus meningkat di tahun 2016. Amin… 🙂

  3. Sebagai ibu memang banyak pakai jenis “topi”. Semoga tahun ini semakin sukses.

  4. Selamat tahun baru 2016 puan bee. Moga impian tahun ini tercapai… 🙂

  5. ciktom pun sama..tahun 2015 paling tak aktif blog…setahun lebih tak aktif..kalau ada anak cam kak bee tak tahu lah camne gamaknya..hehe
    semoga tahun 2016 sukses dan bawa seribu keceriaan buat kak bee sekeluarga…

  6. zik

    2016 tahun yang mencabar juga… anak baru satu… tapi dah pening kepala..hehe

    • kita ada 4 anak , pjj lagi dgn suami .. semua pening bukan kepala sahaja ..

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.