Pernah susah , pernah senang , jatuh dan bangun.
Review Mamteen : Makanan tambahan untuk ibu sedang hamil , ikhtiar hamil dan menyusu
Tips minum air gula ( ujian MGGT ) bagi ibu megandung.
Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL
Bakal hadir nombor 5
Sebenarnya .. tak tahu nak ceritakan atau nak khabarkan bagaimana .. gembira tetapi dalam masa yang sama aku tak bersedia langsung nak mengandung sembilan bulan sepuluh hari sekali lagi. Tak bersedia nak melalui situasi megandung tanpa suami disisi. Ianya amat menyedihkan. Walaupun nampak macam okay sahaja. Jauh di sudut hati aku selalu rasa sedih bila suami tak ada di saat – saat memerlukan.
Aku sebelum ni dah bertekad kalau nak mengandung pun biarlah suami dah balik kerja dekat-dekat. Tapi dah di takdirkan ” terlekat ” pula. Syamim pun dah putus susu ibu setahun lebih. Hurmmm .. kelat rasa hati aku ni. Alahai ..
Tapi fikir pula la sudt positif nya. Beranak ramai-ramai masa muda , badan tengah kuat bagus orang kata. Anak-anak yang lain dah besar , tak apa dah .. orang kata lagi. Aku sebanarnya tak pernah plan pun nak anak ramai.
Aku ?
Hrmm entah la .. dari raya memang mood kurang sikit nak buat apa pun , raya pun sikit-sikit je .. tak berminat. Lepas balik ke kl semula moody memanjang. Aku siap bergaduh dengan suami sampai tak tegur 2 minggu. Siap suruh dia ceraikan aku lagi. Punca nya memang sikit dan tak masuk akal. Aku tak nak keluar dari rumah. Nasib lah anak-anak pergi sekolah dekat je jalan kaki. Dan kalau perlu hantar laila pun , aliya boleh hantarkan. Kereta pancit selepas suami balik johor 2 minggu juga aku tk bawa ke bengkel untuk ganti tayar. Bayangkan ..
NIKMAT TIDUR
Assalamualaikum , selamat pagi. Wahh seronok nya pagi ni rasa segar bugar. Badan rasa sihat. Dah berapa hari tak sihat sakit kepala nyut nyut. Tak tahu kenapa , tapi mungkin dek kerana stress makan dan tidur tak menentu. Bila sakit tu terlentang je tak boleh buat apa. Badan dah bagi signal suruh rehat tetap berdegil. Sampai satu tahap tak tahan. Mata pun tak mampu nak buka. Di penghujung cerita saya dapat tidur awal seawal jam 10 malam . Dah berapa lama tak rasa nikmatnya tidur. Jam 2.30 pagi dah boleh bangun , cergas sambung menjahit. Masak sarapan untuk anak-anak. Badan dah lama tak rasa berpeluh kembali berpeluh segar. Masyallah. Nikmat yang dah lama saya tak rasa. Takde la lama sangat. Seminggu cuma . Tapi macam lama.. Tak sanggup.
Laila siap cakap , seronok bila ibu sihat macam ni. Saya hanya mampu senyum kelat. Maafkan ibu korang sedikit terabai bila ibu layan tak sihat ni. Saya siap dah la minta ampun dari suami melalui whatsapp kot kot tak lama hidup di muka bumi ini. Huhuhu.
Sakit itu “Dzikrullah”.
Sakit itu “Istighfar”.
Ayat di bawah copy dari status facebook sesorang , saya belajar tak tinggi sangat , tahu lah tidur tu Nikmat dari Allah. Cuma tak reti nak tafsir , tapi nak juga share. JANGAN KECAM AKAK.
Tidur merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah. Sebagai istirahat bagi tubuh agar esok dapat beraktiviti kembali.