Sinopsis|Video Pembukaan Drama Mata Ayer Di Slot Drama Tv 3

Wow ! wow! Drama Mata Ayer di slot drama di tv 3 ni seolah-olah macam pernah tengok je , jalan cerita atau sinopsis nya lebih kurang sama dengan drama dulu ..alamak lupa pulak tajuknya ..yang bomoh nya nama Degawan tu , korang ingat tak ? cerita hantu ..mana hantu..hehe bee suka sangat cerita berunsur seram nih , walaupun kadang-kadnag tu tak seram sangat …erm..bee tengok video pembukaan drama mata ayer di you tube macam best , penuh dengan skandal nih …

Video pembukaan drama mata ayer di tv 3 , waktu tayangan jam 4 petang , isnin – khamis

Sinopsis Mata Ayer

Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, penduduk kampung masih mempercayakan perubatan secara tradisional kerana pengaruh yang kuat oleh Tok Ipin (Zamarul Hisham). Mereka selalu merujuk kepada Tok Ipin sekiranya ada masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus. Tok Ipin disegani dan disanjungi di kampung tersebut.. Namun, Tok Ipin mula risau apabila kampung tersebut mula dimajukan dengan penubuhan klinik desa.

Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah lagenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk kampung akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin. Punca mata air yang dijumpainya dikaitkan dengan lagenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya hingga kini. Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus. Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air dari mata air itu untuk perubatan tradisional.

Ustaz Akhbar (Hairi Anak Wayang) mengambil keputusan untuk balik ke kampungnya di Perlis apabila ibunya, Munah semakin uzur. Kepulangannya tidak disenangi oleh Tok Ipin kerana Ustaz Akhbar mampu mencabar kredibilitinya sebagai seorang Imam yang dihormati di kampung tersebut. Tok Ipin sebenarnya mengamalkan ilmu hitam sebagai muslihatnya untuk mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.

Shidah (Sharifah Shakinah) juga pulang ke kampung halamannya kerana sering diganggu oleh sebuah mimpi pelik yang berkaitan dengan seorang wanita bernama Melati. Shidah telah kembali untuk mencari kebenaran. Shidah sering bermimpi tentang moyangnya, Melati (Ayu Raudhah) tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada mimpi tersebut.

Ustaz Akhbar cuba mendekati anak muda di kampung itu untuk menggalakkan mereka pergi ke surau. Tok Ipin sering mencari kesempatan untuk menumbangkan pengaruh Ustaz Akhbar yang semakin kuat di kampung itu. Tok Ipin telah mempergunakan Tijah (Azza Elite) untuk memerangkapkan Ustaz Akhbar. Tijah yang semakin cemburu dengan hubungan mesra antara Ustaz Akhbar dan Shidah bersetuju dengan rancangan Tok Ipin.

Tunang Shidah, Ishak (Zain Saidin) yang asalnya datang untuk memujuk Shidah pulang ke bandar tertarik dengan kemujaraban mata air tersebut dan mula memasang niat untuk mengaut keuntungan daripadanya. Masing-masing mempunyai agenda sendiri. Apakah Ustaz Akhbar berjaya membongkar muslihat Tok Ipin?

Hurm best2 nih , nanti kita tonton sama-sama ye.. 🙂

drama Mata Ayer dalam slot Lagenda di TV3 waktu tayangan Isnin hingga Khamis jam 4.00pm

Show 14 Comments

14 Comments

  1. tk blh tgk…tk pe kalau best kita layan kt web tv3 nanti..he3

    tp tk suspen ler…hu3

    • betui kak , bee suka tengok di tv je suspen dan terang berderang sikit ..

  2. taufiq arifin aka topimagine

    hehehe… orang pompuan ni kalau pasal drama hidup nyawanye kn 🙂

    • haa tk de kerja lah top , duk rumah kalo tk cari hobi buleh giler jadinya..asyik nk cemburu ke somi je jawabnya

  3. kakyong

    macam best jer citer ni…
    kena cari link utk dl..
    tgk kat tonton slow bangat..

    • kan bee tk pernah tengok tonton tu tak best kecik lak tu ..huhu

  4. nza

    kdg2 layan gak cerita ptg2 ni ttp byk yg zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……………………..

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.