Sinopsis Kekasih Awal Dan Akhir Telefilem Arahan Aaron Aziz

Wow Aaron Aziz pun dah jadi pengarah ni , memang rezeki beliau mencurah-curah sekarang ni , telefilem kekasih awal dan akhir merupakan sebuah telemovie yang diterbikan oleh syarikat milik pelakon Aaron Aziz iaitu Aaron Aziz Productions dan telemovie Kekasih Awal & Akhir menjadi telemovie pertama yang diterbitkan oleh beliau. Masih mengekalkan chemistry bersama pasangannya dalam Nora Elena iaitu Siti Saleha.

Telefilem Kekasih awal dan akhir akan mula di tayangkan pada 9 november 2011 pada jam 8.30 malam di TV9, pasti ramai peminat Nora Elena yang ternanti-nanti gandingan Aaron Aziz dan Siti Saleha beraksi dalam kekasih awal dan akhir ini kan , Pelakon lain yang akan belakon dalam telefilem ini adalah Fauziah Gous , wah semua pelakon memang ada tahap lakonan yang mantap , mesti layan je ni ..

siti saleha , aaron aziz dan fauziah gous dalam telemovie kekasih awal dan akhir
siti saleha , aaron aziz dan fauziah gous dalam telemovie kekasih awal dan akhir

Sinopsis Kekasih Awal Dan Akhir

Di dalam telefilem Kekasih Awal dan Akhir ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

sumber sinopsis dan gambar kredit pada : Budiey.com

komen saya : setelah baca sinopsis kekasih awal dan akhir ni saya rasa macam pernah tengok je dimana-mana drama yang jalan cerita nya lebih kurang je , namum pembawakan pelakon tu penting kan , moh ler tengok dulu baru komen :) apa pun ai like nora elena , nora elena berjasa :)

29 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *