Siap stok bahan tumis untuk 2 minggu.

Allhamdulillah baru siap blender semua bahan untuk menumis. Saya kan tukang jahit. Ni dah mula sibuk sebab tempahan raya dan tempahan hari hari , tempahan pukal juga banyak masuk. Nak tolak tak best lah. Rezeki tu. Jadi kita bersedia dan cuba gunakan masa sebaik mungkin. Harap dapat bantuan dan kelapangan dari Allah s.w.t .

Semalam kebetulan pergi memborong lauk pauk di pasar borong selayang. Seronok sangat sebab sana dapat lah murah-murah sikit dari kedai di rumah ni. Jadi terover laa beli barang. So takut busuk + nak jimat ruang simpan + nak mudahkan masak jugak. Jadi kita buat lah stok macam gini.

Mak mak buat macam mana pula ?

Meh nak share dari kiri

1 : Cili kering + bawang merah + bawang putih.. ni cili pedas gilerr tahap ramen tuh. Guna sikit saja.
2 : Halia saja
3 : Bawang putih saja
4 : Bekas bawah cili hijau + bawang merah + bawang putih.
Bekas atas cili hijau + bawang merah + bawang putih + belacan ( khas untuk nasi goreng , benda-benda goreng belacan tu )
5 : Bawang merah saja.

Semua ni bukan saya buat sorang. Anak-anak dara bertiga tolong.Kalau tak tolong siap mak tempik satu banggunan dengar. Excited diorang nak cuba masak pulak.Next time lah kita ajar masak guna bahan-bahan ni.

#makcikbawanghaliacili
#silamasakjanganlari

Please follow and like us:

Puanbee

Ibu kepada 5 orang anak , Work at home mom ( WAHM ) sebagai tukang jahit. Berumur 35 tahun , sentiasa mempunyai semangat yang tinggi. Suka " cari " kerja. 😍

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.