Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

senarai 15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah , obesiti di kalangan kanak-kanak

Posted on April 26, 2011 by Puanbee

Senarai makanan yang tidak boleh di jual di sekolah telah pun di keluarkan , hurm entah lah anak saya tu tak pula gemuk-gemuk nya , tapi ye lah jugak elok di bendung cara pemakanan anak-anak kita bagi melahirkan generasi yang sihat dan cergas di masa depan … tinggal lagi ibu bapa….memilih makanan terbaik untuk anak-anak…tapi bagaimana pula dengan penjaja yang emnjual di luar sekolah ? di sekolah anak bee saja ada 3 motosikal mnjual aiskrim , apum balik , jambu potong , air manis , keropok lekor , kentang goreng , sosej , nugget , nasi lemak , pulut inti , dan berbagai jenis gula-gula serta keropok ..siapa nak pantau tu ?????

senarai 15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah
senarai 15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan ‘tidak sihat’ yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

4 thoughts on “senarai 15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah , obesiti di kalangan kanak-kanak”

  1. topimagine says:
    April 26, 2011 at 4:43 pm

    kenapa baru sekarang, nak kuar kan undang2 ni.. kitacube negok 5 tahun akan datang..betol ke, xkan ada kanak-kanak yang obestiti 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      April 26, 2011 at 10:22 pm

      kebanyak kan budak yg obesiti memang dia obesiti dr kecik2 lagi ..faham kan ..

      Reply
  2. Sofeaml says:
    May 12, 2011 at 2:45 am

    kakak saya tu cikgu lagi. guru data, guru koperasi..

    pastu siap jual coklat lagi. apollo pon coklat gak. Budak2 skola pon suka. jual jela, permintaan an..?

    tengokla zaman dulu.. org dulu2 mkn coklat bnyk2,tp otak pandai je..

    budak2 sekarang je yang xnk blaja.mak ayah pergi balik siang malam cari duit, anak tu sendiri yang xnk blja. pastu bagi alasan “ngantok la mak mkn nasi lemak, coklat,bla2…”

    pada saya, ianya TAK menjejaskan ap2.sbb mase saya skolah dulu, “tekad nk belajar”.. result awesome! 🙂

    Obesiti- banyak makan McDonald (mak ayah ajak,jom aje)
    -Kfc,pizza hut, maggie,jajan.. tu semua leh buat gemuk n perkembangan terbantut sbb dah dicampur BAHAN KIMIA.

    P.s: Malaysian mentaliti x open la..(bukan semua ea)tertutup je, buka2 la sikit. hehe.

    Reply
    1. puanbee says:
      May 12, 2011 at 9:06 am

      ahaa macam2 la nih semua salah ..

      Reply

Leave a Reply to Sofeaml Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#MuziumTaiping #Muzium #Taiping Dalam video ni.. Kalau anda tabah tengok lah sampai habis.. anak dari yang kecil sampai lah yang tua ..memang sangat aktif ya.. Adoiyai.. Geng pak2 tenang je lepak kat luar.
VLOG KAMI DI MUZIUM TAIPING. MUZIUM MASIH TAK BERUBAH..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhub0w5aFctT2x3
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

25,331 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme