Semalam Dapat Tengok Fenomena Lingkaran 22 Degree Lunar Halo

Semalam 9/10/2011 , lepas ambil kakak balik dari tuisyen kakak kecoh , ” ibu tengok bulan cantik betul ” .. saya pun tengok ..memang pertama kali tengok bulan penuh dan ada lingkaran disekelilingnya pula ( Fenomena Lingkaran 22 Degree Lunar Halo ) , rasa takjub sangat ..lantas capai camera dengan semangat nak ambil gambar dan simpan buat kenangan , konon je lah .. tapi kamera tu tak dapat merakan penuh dan tak cukup power nak ambil gambar bulan atas langit heheheh .so tak de lah gambar .. kecewa ..

fenomena lingkaran 22 degree lunar halo
fenomena lingkaran 22 degree lunar halo
Lingkaran yang mengelilingi bulan seperti cincin ni dinamakan 22 degree lunar halo. Ia terjadi apabila terdapat awan sirus yang mengandungi kristal ais, pantulan cahaya dari bulan membiaskan cahaya tersebut lalu terjadilah fenomena ini.

Pagi tadi buka facebook dah kecoh ada Gambar berserta penjelasan tentang Fenomena Lingkaran 22 Degree Lunar Halo seronok saya hehe .. sebab saya memang nak sangat tahu kenapa bulan itu cantik sangat , sepanjang umur saya tak pernah lagi tengok bulan live macam tu.. korang pernah ke ?

Kemudian saya search internet berkenaan fenomena ini , banyak cerita yang terjadi selepas kemunculan fenomena Lingkaran 22 Degree Lunar Halo , takut pula rasa hati heheh … yang pasti 2-3 hari sebelum fenomena lingakaran 22 degree lunar halo ni keluar cuaca sejuk , hujan pagi petang kadang-kadang malam , kadang-kadang rasa macam panas tapi mendung , pendek kata cuaca berubah-ubah lah sehingga keluarnya bulan cantik ini .

Apakah ada petanda ??
sumber gambar facebook : original unknown

51 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *