Satu set " baby finger puppets" untuk syamim.

Allhamdulillah , My syamim dah besar .. pejam celik .. pejam celik .. tak lama lagi umurnya mencecah 2 tahun. Dalam masa 2 tahu , hanya beberapa bulan dapat jumpa ayahnya. Kesian pula mengenangkan nasib. Berbalik kepada tajuk. Satu set ” baby finger puppets” untuk di buat khas untuk syamim , kerana syamim suka sangat tengok video baby finger sambil nyanyikan lagu family fingers tu , dia ajuk je la … belum pandai bercakap. Syamim agak lewat bercakap ni , nampaknya macam tak sama dengan kakak-kakak yang lain , tapi takpa ..ibu tak kisah pun. Biasa la .. progress setiap anak tak sama.

syamim

Nampak dia senyum tu , cair tak ? hee gigi penuh … lagak ngeri semua dah boleh buat , bercakap belum lagi ye .. Tuh di bawah ada baby finggers pupets versi melayu. Kalau rajin buka youtube , bermacam versi ada , arab , india , amerika , tetapi tak ada versi melayu. SO kita buat .. 

Mama-mama kalau ada masa dan teringin nak buat , boleh google je ” baby fingers pupets ” ada banyak sangat contoh. Saya buat versi malas dan nak cepat ye .. terkejar-kejar … sebab kurung syamim dalam bilik kejap sambil biarkan dia tengok video , dan saya buat pupets ni laju-laju. Kalau tidak , memang tak siap ye.

baby fingger pupets

Material yang mama harus sediakan haruslah kain felt , benang , jarum , gam pistol , dan hiasan boleh reka sendiri. Kalau rajin sikit beli lah mata yang boleh gerak-gerak tu , saya malas nak pergi kedai cari mata tu , tambahan lagi nak jimat. Hahaha .. apa pun dah siap , syamim happpy sangat .. kakak-kakak tumpang sekaki.

Ingat nak rakam kan syamim main pupets ni , tapi asal dia tahu ibu nak rakam je ia control macho daa ~

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply to Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.