Sambal Ikan Bilis Dengan Petai

Published on: May 20, 2012 @ 17:12 : Satu lagi resepi minimalist , senang di masak sedap dimakan sambal ikan bilis petai , siapa yang tak makan memang rugi … banyak gambar dalam laptop/iPhone tak di buat entri lagi , pecut ..sambil buat bisnes , hal anak-anak dan masak-masak memang tak boleh tinggal.

petai

Semasa pergi beli barang , saya ambil petai , ternampak 2 orang pekerja disitu yang berasal dari Bangladesh bercakap-cakap sambil tunjuk ke dalam bakul tempat saya letak petai , saya pandang bakul dan pandang mereka semula.

Mungkin depa nampak saya pandang terus tanya saya ..

“U makan itu buah sedap ka ? , U buat apa dengan itu buah ? U masak apa dengan itu buah ? “

Saya pulak terfikir dan tanya pada depa tu balik

“Eh orang bangladesh tak makan petai ke ? , disana memang tak ada petai ? ”

“Tak de lah , tak pernah makan “

“Oh ini buah namanya PETAI ,boleh di makan begitu saja dengan sambal atau pun di masak sambal tumis , boleh campur ayam , udang , sotong , daging , ikan bilis , ikut suka U lah nak tambah apa “

Lepas tu dia tersenyum sambil cakap lagi dengan kawan dia…

Baru saya tahu orang Bangladesh tak tahu makan PETAI dan belacan.

Show 17 Comments

17 Comments

  1. Sambal petai memang best..
    lepas tu bila bercakap mulut bau eksotik tu..

  2. tengok gambar sambal tumis ikan bilis + petai tu..rasa lapar lak..tapi rasenya kat bangla mana ade petai..

  3. saya x suka makan petai, akan tetapi sambal petai memang saya suka sangat sangat

  4. bardboo

    agaknya lepasni mestu diorang pun nak cuba makan petai gak..hihi..

  5. saya memang rasa rugi..saya tak tahan bau petai..tapi suami suka sangat sambal ikan bilis petai ni..udang pun sedap kan..

  6. kalau tak makan, hilang 1 nikmat makan kat dunia la…heee
    bab bau bilik air, rasanya susah nak elakkan, siram je air sabun banyak2.

  7. kalau ada sambal petai ngan ikan bilis,pilih bilis je,petai tak amik…kalau terambik,petai itu akan berpindah ke pinggan suami…

  8. Izzuddin Fauzi

    Sedapnye… Perut lapar balik korejo…

  9. Blogger Borneo

    Sambal ikan bilis??? Waw… langsong bikin beliorrrrrr… Maokkkkkk…

Leave a Reply to Blogger Borneo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.