Review : ARANDA NOVA HOTEL CAMERON HIGHLANDS

REVIEW SUKA HATI , TIADA BAYARAN DI TERIMA UNTUK REVIEW INI. Ini adalah entri sambungan dari entri FAMILY TRAVEL ke Cameron Highlands tempoh hari.  ( boleh klik jika belum baca ) Semasa kami sekeluarga berada di Cameron Highlands tempoh hari , saya dan suami membuat keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Semasa sebelum bertolak ke Cameron Highlands dah jenuh kami search di google untuk melihat review dan mencari hotel apa yang sesuai namun tak dapat jawapan. Kemudian terpaksa lah kami ke Cameron Highlands itu sendiri dan melihat lihat hotel sendiri. Keadaaan jalan yang agak sempit dan banyak pula kenderaan meyukarkan pencarian , di tambah lagi hujan renyai-renyai , ada juga terseremak tiga tempat pasar malam. Hari pun semakin gelap. Jadi kami terus buat keputusan untuk masuk ke kawasan HOTEL  ARANDA NOVA ini dan terus bertanyakan kekosogan bilik.

ALLHAMDULILLAH ..  masih ada bilik , tetapi hanya bilik berstatus suite. Tetapi harga nya tidak lah mahal. Masih di bawah RM200 semalam.

IMG_1803
Ini adalah gambar pemandangan dari bilik hotel. Hotel ini masih baru lagi. Ya memang agak kecewa melihat pemandangan sebegini rupa.
IMG_1802


 

Semasa kami sekeluarga sampai cuaca agak mendung , hujan renyai – renyai ..dan sejuk sangat .. tapi apa yang megejutkan di hotel kami tak ada aircond , cuma ada kipas syiling di bahagian ruang tamu .. di dalam bilik berkaca tu tak ada apa-apa kipas mahupun penghawa dingin. Tetapi masih sejuk sehingga ke tulang.

IMG_1808
 

Saya masih belum berani membiarkan anak tidur di bilik berasigan. Jadi semua anak akan tidur di dalam satu bilik. Cuma minta tambah bantal dan selimut. Di Hotel ARANDA NOVA ini mengenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Satu selimut RM20 , Sebiji bantal RM20. Sebenarnya tak pernah lagi ke mana-mana hotel dalam Malaysia ni yang kenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Serius… 

 
IMG_1800
 

Memang selesa seolah-olah berada di rumah sendiri. Mana tidak nya , ada tv dengan astro , ada ketuhar , ada cerek air , ada pinggan , mangkuk , sudu dan cawan cukup untuk satu famili.

IMG_1795
 
IMG_1792
IMG_1791
 

Bahagian dapur , oleh kerana dah biasa kami bawa roti , sardin , megi dan kopi ketika travel , memang sesuai sangat ada dapur macam ni , pagi-pagi tak perlu terburu – buru bersiap nak keluar sarapan di luar , sementara saya siapkan anak-anak , ayah siapkan sarapan. Sementara nak makan di luar anak-anak pun dah kenyang , tak ada lah yang meragam nanti.

Antara tips nak senang berjalan – jalan dengan anak-anak kecil adalah : Pastikan mereka kenyang dan cukup tidur.

IMG_1809
Seronok syamim dan kakak – kakak main aci menyorok .. bilik luas dan selesa .. apa lagi ….  yang peting .. HAPPY !
Terima kasih kerena membaca
Puanbee.
 
 

39 thoughts on “Review : ARANDA NOVA HOTEL CAMERON HIGHLANDS

  1. Tengok gambar hotel tu cantik sangat..tp mcm sis ckp hotel tu xde aircond xpe gak kot coz kt cameron kn dh sejuk..klu ada aircond lg r sejuk..Nti blh gtau hubby try tdo kt hotel tu coz slama ni pergi xpnh tdo sana pn..slalu g blk ari je..tq for sharing

Leave a Reply to Sue Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.