Restoran asam pedas claypot Jalan Laksamana Melaka

Kami pergi makan di sini pada bulan puasa kelmarin , cerita dah basi ek ? bak kata seorang blogger tu , tak ada cerita basi jika cerita pasal diri sendiri , so korang boleh baca cerita ni tanpa akan di serang keracunan makanan.
IMG_0914-0.JPG
Atas permintaan seorang blogger nak tahu apa cerita dan rasa makan di sini.
Alkisah dah 6 tahun lepas suami pergi makan di situ , suami kat sedap sangat , kita pun teringin nak rasa juga , janji punya janji sampai 6 tahun baru la suami ada masa nak bawa bini dia ni ke sana. Apa nak buat ..
Asam pedas di sini memang sedap , kedai pun ada 4 biji sederet penuh , korang boleh bayangkan lah.
Semasa buat pesanan , boleh minta nak ikan apa , kemudian hidangan akan sampai lengkap dengan nasi dan sayur serta telur masin dan tak di lupakan asam pedas di dalam claypot.

IMG_0099.JPG
Untuk anak-anak yang tak makan pedas boleh order Nasi Ayam , sedap juga nasi ayam tu.
Untuk peminat asam pedas boleh lah cuba , jika nak datang sini boleh set waze Jalan Laksamana Melaka , mesti sampai.
Harga berpatutan. Boleh open table ????
update live guna handphone , nanti edit jika ada kecelaruan tatabahasa.
Sweet je tengok adik beradik ni.

IMG_0095.JPG

Show 17 Comments

17 Comments

  1. Asam pedas masakan terbaik
    Makan panas lagi sedap
    Saiz perut semakin naik
    Elok bersenam elak penyakit hinggap
    Hehe.. mentang mentang makan kat melaka.. Satu pantun dijual

  2. Huhu…bila lah agaknya boleh try ni..emmm..selera pula anak PB makan yer..sedap tu..haha

  3. Saya tinggal kat melaka 2 tahun setengah. Hari2 makan asam pedas pon ok. mmg masyuk la

  4. Syahida Ismail

    MasyaAllah~ terliur tgk asam pedas ni… T-T

  5. Ira

    Wow sedapnya..melelehhh tengok hehee
    kena belajar buat sendiri nih

Leave a Reply to Sue Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.