Rawatan jangkitan kutu rambut dan telur kutu

Masyallah , sebenarnya tak tahu lah nak cerita macam mana , macam malu pun ada. Tetapi demi kebaikkan bersama , mana lah tahu ada ibu ibu di luar sana mencari Rawatan jangkitan kutu rambut dan telur kutu  yang telah lama berjangkit di kepala anak-anak tu.

Rawatan jangkitan kutu rambut dan telur kutu

Setiap kali anak di jangkiti kutu , apa rawatan terbaik untuk mengelakkan jangkitan kutu berulang kembali ?

*Saya kongsikan tindakan rawatan terbaik yang ibu bapa boleh buat disini mengkiut pengalaman saya sendiri. Jika ada tips lain kongsikan di ruangan komen ya. 

  1. Potong rambut anak pendek pendek supaya senang di bersihkan dan untuk di sikat meggunakan sikat khas.
  2. Gunakan syampu anti kutu dan syampu untuk menangkalkan telur kutu. Syampu setiap hari.
  3. Beli sikat khas.
  4. Elakkan atau larang anak – anak dari berkongsi barang peribadi dengan rakan-rakan sekolah / sepupu sepapat yang ada kutu rambut.
  5. Sentiasa selak rambut anak , setiap hari jika boleh sehingga kutu betul betul hilang. Biasanya , kita nampak macam tak ada dah , tetapi tiba-tiba je penuh balik telur kutu. Paling elok selak rambut tu bawah cahaya matahari , senang nak nampak.
  6. Atau boleh gunakan salah satu cara tradisional di bawah. Saya malas sebab tu guna ubat farmasi , tetapi jika waktu cuti sekolah boleh gunakan cara tradisional , waktu tu kurang sibuk sikit.
  7. Tukar dan cuci pakaian, cadar, sarung bantal, alat permainan serta sikat yang digunakan semasa jangkitan berlaku
  8. Bersihkan sekitaran

    * Syampu anti-kutu tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak kecil di bawah 2 tahun (atau seperti tertera pada bekas syampu – bergantung jenis syampu)… sebaiknya lakukan secara manual iaitu ‘cari dan buang’

    * Penggunaan syampu anti-kutu perlu mengikut arahan yang diberikan

    * Rawatan perlu menyeluruh kepada semua ahli keluarga yang dijangkiti

Cara tradisional untuk buang kutu rambut dan telur kutu.

Cara di bawah ini berkesan tapi kena selalu tengok juga rambut anak , jika ada sisa telur kutu lagi tak mustahil telur tersebut akan menetas dan akan menjadi banyak , sebab tu walau apa pun caranya rambut mestilah di potong pendek supaya senang nak buang telur kutu tersebut.

gambar google
gambar google
  • Bawang merahPotong mayang bawang merah , oleskan ke rambut anak dari pangkal rambut hingga hujung , terpaksa buat sehelai-sehelai , pastikan semua rambut kena bawang. Tips ini dapat menanggalkan telur kutu. Biarkan selama 1 hingga 2 jam , kemudian sikat dengan sikat kutu dan cuci.
  • Minyak kelapaLetakkan minyak kelapa pada rambut , tutup dengan kain atau shower cap selama 6 jam , kemudian sikat dengan sikat kutu , telur akan tertanggal kutu pun macam pening lalat ja. Kemudian baru lah cuci bersih bersih.
  • Minyak kulit kayu putih dan air limau kasturicampurkan kedua dua bahan dan sapu ke rambut , seperti biasa pastikan semua bahagian kena , tapi yang ini tak di galakkan buat ke rambut anak , risau pedih mana tahu ada luka bekas garu. Kemudian sikat dan cuci bersih.
  • Cuka makanSapu ke rambut dari hujung rambut ke kulit kepala selama 2 jam ke atas , kemudian bilas bersih bersih dengan syampu. Telur kutu akan tertanggal sendiri.
sikat kutu - gambar google semakin susah nak dapat sekarang ni.
sikat kutu – gambar google semakin susah nak dapat sekarang ni.

Apakah tanda-tanda jangkitan kutu kepala ?

  1. gatal kulit kepala
  2. terasa seperti ada benda merayap di kulit kepala
  3. rasa tidak selesa
  4. sering menggaru kepala, meragam (terutamanya kanak-kanak)

Bagaimana mendapat jangkitan kutu ?

  • bersentuhan atau terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
  • berkongsi pakaian, tempat tidur, alat permainan atau sikat dengan orang yang dijangkiti

Bagaimana mengesan jangkitan kutu ?

Periksa rambut : telur kutu, anak kutu atau kutu dewasa

Bagaimana mencegah jangkitan kutu ?

  1. Amalan kebersihan – cuci rambut, mandi
  2. Sentiasa periksa rambut anak anda
    * Jika anak anda mendapat jangkitan ini beritahu kepada guru atau penjaga supaya pemeriksaan boleh dilakukan kepada rakan di sekolah dan di pusat jagaan. Jangkitan ini mungkin berpunca daripada pelajar lain tanpa disedari.

Apa anda perlu tahu tentang kitar hidup kutu ?

  1. Telur kutu mengambil masa 7-10 hari untuk menetas
  2. Anak kutu akan menjadi dewasa dalam masa 7 -10 hari
  3. Seekor kutu dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari
  4. Jangka hayat kutu dewasa adalah kira-kira 3 – 4 minggu

Cuba bayangkan apa yang berlaku jika kitaran hidup kutu ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan… Oleh itu, rawatan syampu anti-kutu perlu diulang semula selepas 7 hari jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan untuk mengelakkan kitar hidup kutu berulang…

Tahukah anda ?

  • Kutu hanya boleh hidup di celah rambut
  • Kutu hanya merayap dan tidak boleh terbang
  • Kutu dewasa akan mati selepas 1 atau 2 hari jika berada dipersekitaran lain daripada rambut (misalnya pada pakaian atau cadar)
  • Kutu tidak boleh hidup pada suhu yang panas

—————————————–

Saya kongsikan pengalaman saya sendiri. Dulu saya bersekolah di asrama , memang selalu sangat berjangkit dengan kutu ni. Susah sangat nak kawal keadaan kerana ramai penghuni di asrama tersebut. Jika jenis jaga kebersihan tak apa lah , asal ada kutu mesti cari ubat , tapi masaalahnya terjadi bila ada orang tak kisah pun kepala dia ada kutu. MELUAT rasanya sebab sebelah pihak je bertungkus lumus buang kutu , tapi orang tu buat tak kisah je , akhirnya kutu hinggap balik ke kepala kita. Dulu kami guna cara bahaya sikit , iaitu sembur ridset je ke kepala. Dasyat kan ? rambut kami tak gugur pun. Elok ja , tapi sekarang tak sampai hati nak buat ke anak-anak , jadi tips ni ibu – ibu jangan ikut pula. Alah dulu budak-budak tak tahu apa , yang pasti lepas sembur tu biarkan kejap dalam 30 minit kemudian cuci dengan syampu sampai habis sebotol syampu. Lepas tu kutu tak ada dah , sehinggalah tiba-tiba kepala gatai semula.

Sekarang , saya ada 3 anak perempuan. Anak sulung dan anak nombor tiga  je yang selalu berjangkit kutu , anak nombor dua tak pernah di jangkiti kutu , saya hairan jugak la dengan kes diorang ni. Si sulung dah pun 11 tahun , nombor dua tu 8 tahun dan nombor tiga pula 6 tahun.

Dari awal tahun , memang lah tak ada kutu , selepas sebulan bersekolah saya ternampak kutu merayap atas tudung anak nombor 3 , hati dah mulai tak sedap. Kutu .. kalau sekali berjangkit memang susah sangat nak hilang. Lepas tu mula la episod kutu ni.

Saya pernah memberi tahu guru tadika anak saya , cikgu tahu ada budak yang telah di jangkiti kutu. Tapi masaalahnya mungkin susah atau ada ibu yang kurang ambil berat pasal kes kutu ni. Eii geram pula.

Bayangkan dalam setahun mesti beberapa kali di jangkiti kutu. Saya pernah beli syampu anti kutu dan syampu untuk membuang telur kutu sebanyak 10 botol di farmasi.  Simpan di rumah dan gunakan untuk anak-anak selama beberapa bulan. Dan kosnya adalah sebanyak RM214. Awak .. bukan sikit tau jumlah tu.

Sekarang ni memang saya akan pantau selalu , rambut anak tak pernah panjang di sebabkan kutu ni. Huhu .. baca info di atas semoga bermanfaat. Rawatan jangkitan kutu rambut dan telur kutu kena selalu di lakukan. Serik lah dengan kutu rambut ni , tak suka + geli.

Show 3 Comments

3 Comments

  1. nis dah merasa sendiri kena kutu… masa kecik2 sekolah rendah, jangkit dgn jiran yg selalu dtg main… hihi
    pastu bbrp tahun lepas, kena kutu berjemaah dgn anak2… nis suka gak cari2 kutu/telur kutu ni… ahahaha… walaupun tensen jugak dlm masa sama… anak2 pompuan je kena… yg laki gamaknye rambut pendek2 so tak kena… ada la dalam 3-4 minggu gitu baru clear…

    • jenis kutu ni bahaya sikit , rasa macam dah hilang semua tau2 ada balik .jd tk boleh leka langsung .. tudia macam nak berperang dah rasanya . hihiih

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.