Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Published on: Aug 11, 2011 @ 11:02 ; Kelmarin saya jalan-jalan membeli barang dapur , biasalah kan ibu-ibu mesti ke pasar beli barang dapur .. dalam duk pilih-pilih bawang putih tu ada seorang uncle berbangsa cina tengah memilih bawang putih , dia pilih saya pun pilih , tapi cara dia pilih lain sikit.. saya pilih bawang putih yang elok , tak busuk ..

Saya yang terlebih peramah ni pun tanya uncle tu pilih macam mana ? uncle tu jawab , pilih yang kulit bawang putih di bahagian luar dan dalam berwarna kemerah-merahan .. Baru elok… Getah dia masih banyak.. ooo saya pun ber ooo bulat panjang-panjang.. bila saya balik ke rumah saya belek .. bawang putih yg kulitnya semua berwarna putih dan bawang putih yang kulitnya kemerah-merahan tu .. apa bezanya ?

senang citer .. bawang putih yang kulitnya kemerah-merahan masih bergetah , tak terlalu kering dan fresh .. bau pun kuat .. tapi kalau bawang putih berkulit putih tu , dah kering , tak de getah bau pun dah kurenggg … OOOOOooo lagi .. heheh.. selama ni saya tak tahu pun ada beza antara ke dua-dua bawang putih tu ..

So itu satu tips yang baik bagi saya ..contoh tengok dalam gambar ye ..

Khasiat Bawang Putih

Sumber [link]
Bawang putih dan tekanan darah tinggi

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal.

Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.

Satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang doktor dan pengamal naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang warganegara Denmark dan pengarang buku yang bertajuk ” My Experience with Living Food ” menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah. Ahli sains Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini benar dan mendakwa tekanan darah turun dalam masa sejam setelah diberikan dengan bawang putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah naik.

Bawang putih dan kencing manis

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.

Dalam kes penyakit kencing manis ini, pankreas tidak boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi. Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia masuk ke dalam air kancing.

Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini beruapaya dalam merawat penyakit kencing manis.

Bawang putih dan sakit perut

Bawang putih juga berupaya memberi rawatan kepada individu yang mempunyai masalah sakit perut dan usus sekiranya ia diambil secara berterusan. Menurut seorang saintis yang terkemuka dan pakar dalam terapi bawang putih, bawang putih mengandungi allicin yang merangsang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim pencernaan. Namun perlu diingatkan, bawang putih yang ingin diamalkan hendaklah dicampurkan dengan makanan-makanan yang lain.

Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran. Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan keberkesanannya.

Bawang putih dan anemia

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana anemia. Anemia bermakna keadaan badan yang tidak boleh mengahasilkan hemoglobin yang secukupnya. Anemia boleh terhasil daripada ketidakcukupan protein, iodin, kobalt, kuprum vitamin C atau sebahagian vitamin B.

Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan bawang putih sebagai makanan yang baik untuk pesakit-pesakit anemia dan antaranya ialah:

  • Bawang putih meningkatkan penyerapan vitamin B, terutamanya vitamin B-1
  • Bawang putih mengandugi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi. Selain itu ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan vitamin C daripada makanan lain. Vitamin C meningkatkan asimilasi zat besi daripada makanan.

Oleh itu, dengan mengamalkan bawang putih dalam makanan seharian, secara tidak langsung akan menghindarkan seseorang itu daripada mendapat penyakit anemia. Pesakit-pesakit yang sudah lama menderita pula secara tidak langsung akan mendapat rawatan dan mempunyai harapan untuk sembuh.

Bawang putih dan artritis

Artritis atau rheumatisme ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan degenarasi tisu sendi akibat kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan kekurangan vitamin B.

Bawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.

Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).

Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya.

Bawang putih dan permasalahan wanita

Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.

Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Uterus boleh menjadi seperti terbakar . Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.

Kesimpulannya, bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

Bawang putih dan ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.

Bawang putih dan cirit birit

Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit. Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau dadih.

Dr. E. Roes yang menulis dalam ” Munchener Medizinische Wochenschiff” , sebuah majalah perubatan Jerman bertarikh 25 September 1925, memberitahu tentang kejayaannya dalam merawat pelbagai penyakit usus yang kebanyakannya melibatkan cirit birit. Menurutnya, bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi.

Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin, dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian bawang putih, 2

atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati dirinya telah sembuh.

Bawang putih dan kolesterol

Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

Bagusnya khasiat bawang putih ni .. suka…

sekian

Show 32 Comments

32 Comments

  1. ummiross

    bee macam tu ye cara pilih bawang putih, ummi pun macam bee jugak, cari yang elok dan tak busuk. Lepas ni ummi bolehlah ikut petua ni…

  2. taufiq arifin aka topimagine

    som dah xleh letak name bawang putih lagi la ek.. letak nama bawang putih kemerah2an lak yerk.. hahaha

  3. neo

    a’kum first time singgah sini 🙂
    bawang putih mmg byk khasiat, untuk baby pon bagus sbb kita boleh buat minyak unt kembung perut. saya jarang beli minyak unt anak tp amalkan petua org tua kat rumah. kulit bawang putih pn bagus unt baby yang ada penyakit cacing kalau tak silap…
    p/s – selalu beli yg putih tu sbb ingat yang tu ler terbaik sbb warna dia putih…rupanya kita silap

    • wasalam terima kasih pertama kali singgah dah komen , itu lah anak2 saya pun kalau lepas bersalin je mak dah campur bawang putih dengan minyak dan urut kat badan baby …
      saya pun biasa pilih je asal tk busuk sudah .. rupanya nak pilih bawang putih pun ada cara ,

  4. ub3y

    salam. puanbee. hehe. time muda2 jerawat dlu. genyeh bwg putih je. 1-2 ari hilang jerawat

    • wasalam ..la ni tk berapa muda ke ? hehee… dulu2 saya buang ketuat guna bawang putih juga

  5. Ummi Hanie

    nis pun “ooooo….” jugak … hehe …
    thanx 4 the info
    nis suke bwg putih

  6. sebab itu orang india suka pilih garlic
    sedikit kecil dan bewarna merah… tgk ler
    badan diorang… power… hu3

  7. Jai

    Wah, byk la pulak khasiat bwg putih untuk penyakit kronik pulak tu… baru tau..

  8. puan kutu

    lor selalu kt kedai runcit tu putih jer semua kalernya.hehe tak elok ekk..byk kan khasiat bawang putih.kutu suka msk boh bawang putih byk2,pastu kentut sedap!hahaha..

  9. bEe

    Owwwhhhh
    Baru ku tahu….. Tp kat TESCO, GIANT dll takde jual bwg putih kemerah-merahan tu.
    Pnh juga jumpa kat kedai2 biasa tp ingatkan bwg putih merah tu dah busuk…. RUpanya tu lah yg baek ek… hehehe

  10. fz.armie

    Klu suami amy dia x mau bawang putih kulit putih tu,dia mau yg bawabg putih bakar lg wangi

  11. ina

    baru cuba garlic bakar. pergh rasa tak boleh thn. mungkin sekejab sangat bakar kot. terus telan air. harap mujarab

  12. atikah_bdr

    oo baru ku tahu tntg bawang putih nie..tq info 🙂

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.