Pertama kali isi e-Filing salah pula.

Kita baru pertama kali nak isi E-Filing , dah 2 tahun kebelakangan ini baru bos potong cukai melalui gaji so kelam kabut juga la. Suami tak ada masa nak ke LHDN . Sekarang baru je terhegeh – hegeh nak claim , sah sah kena penalti ni sebab hantar lambat. Dah la lambat salah pulak .. aduhai .. macam mana nak betulkan.. kena call LHDN lah tanya dulu nampaknya.

Dah hantar baru perasan , bahagian pendapatan belum isi , selepas google banyak blog baru lah tahu kena isi berpandukan Borang EA yang di bekalkan oleh majikan. Suami memang jarang ke pejabat beliau , slip gaji pun kumpul setahun baru ambil. Gaji je masuk ke akaun tetiap bulan. Alamak aiii ..

e cukai

Tapi jumlah potongan cukai dah ada siap-siap disitu , maksudnya majikan submit dah maklumat gaji pekerja dan potongan setiap bulan. Rugi kalau tak claim. Anak 3 orang bersekolah dah boleh di kecualikan cukai sebanyak RM3000 ..

Ermm dah la orang tu susah nak ke LHDN.  siapa pernah salah isi borang eFiling ? share le di komen di bawah.

Ada masaalah seperti saya boleh lah call LHDN di 1 800 88 5436 

Show 2 Comments

2 Comments

  1. lily

    nak tanya..sy pon lupa isi pndpatan..macam mana nk betulkn ter?

Leave a Reply to semak saman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.