Perkembangan kelas menjahit di Bangi

Assalamualaikum  dan hai .. Kali ni nak share perkembangan kelas menjahit di bangi . Kali pertama jahit dan menjadi dengan kemas. Sebelum ni saya jahit juga. Tapi ya ampun punya tak kemas , nak pakai sendiri pun malu ehh … Sekarang ni rasa sangat PRO dah. Boleh masuk rancangan runway tu dah. Saya memang minat bahagian ni. Memang susah payah pun akan ku teruskan kelas menjahit ni sampai pandai jahit 20 patern. Mujur lah cikgu tu ambik upah mengajar one to one murah je. Dan paling best sebab senang faham. Baru pergi beberapa kali dah berani sikit pegang mesin jahit industri yang laju tu.

palazo 1

Kalau korang nak belajar menjahit , boleh je contact kak zu ni.

Ni di bawah saya copy paste iklan yang menarik hati saya kali pertama dari Kak Zu Zulkifli

Assalamualaikum dan salam bertugas…
Alhamdulillah sejak saya iklankan ?#?diyjahit? dan ?#?pakejniagamenjahit? ni makin ramai yang keluarkan iklan untuk servis mengajar menjahit di rumah. Bagus la tu.. Tak rugi belajar ilmu kemahiran ni. Campak la dunia mana pun, in shaa Allah boleh cari makan.
Walau saya mungkin kurang dikenali dalam bidang jahitan ni tapi di sini saya nak bagi tau TIDAK RUGI untuk anda mengikuti Pekej niaga saya kerana faktor2 ni..
Pakej Niaga menjahit
1. Dapat belajar 20+ jenis pattern baju yang sering diminta untuk buat tempahan pelanggan. Secara purata setiap design harga utk belajar dengan teknik yang sama berharga RM50-600. SATU design tau!! Jadi kos bagi anda untuk belajar dengan saya secara keseluruhannya hanya 20-50% … Tu kalau RM50..
2. Katakan anda laburkan RM500 ni utk belajar dgn saya.. setiap design yang saya ajar boleh mendapat keuntungan bersih RM40 – 70 secara purata. Tu kalau buat sekali je.. Kalau anda ambik pukal 50 helai? 100 helai? Tak ke dah RM700 bersih bagi 1 design.. Untung bersih tau.. no more hidden cost!!
3. Saya amalkan sistem belajar sambil bekerja (kalau anda nak).. Anda belajar dengan saya.. selepas 30% saya dah cover, saya akan pass tempahan2 customers kepada anda. Setiap pasang yang siap anda dapat RM20. So selepas 25 helai yang anda berjaya buat, modal dah dapat pulangan dah… takkan la 2 bulan tak dapat settlekan dok?? Ini bukan hanya sebagai latihan tubi, ia dapat meningkatkan tahap confidence anda. Yes, I can do that too to generate more income!
4. Sesetengah pengajar menjahit selepas kelas dah tak bertanggungjawab atas progress anda. Saya bukan hanya review dan beri Homework selepas setiap design, saya juga akan coach teknik marketing dan kaedah menarik pelanggan melalui bidang jahitan.
5. Ilmu tak luak yooo.. bawa ke mati.. nak tamak lagi, gi ajar pula orang2 lain!! Jangan lokek ilmu.. anda sendiri yang rugi.. rugi juga kalau tak diamalkan.. hehehe..
6. Golongan asnaf, yuran saya tak kenakan ya.. Ni amanah yang diperturunkan kepada saya. In shaa Allah saya akan pegang amanah tu..
7. Pekej saya merangkumi semua lapisan masyarakat dan jantina.. dari baby ke lelaki.. perempuan.. semua ada. Even baju pengantin!! Sesetengah pengajar hanya fokus untuk 1 jenis je…
8. Nak belajar membaiki dan handle mesin jahit? Bolehhhh.. no problem.. in shaa Allah saya akan ajar jg apa yg saya tau.
9. Pengalaman saya bekerja sebagai tenaga pengajar luas, lebih dari 15 tahun..
10. Pengalaman belajar menjahit pun dah lama.. Dah berguru one-to-one dekat 10 orang.. So kaedah yang saya sampaikan in shaa Allah yang paling mudah difahami dan paling ringkas tanpa compromising keselesaan pemakai.
So… tunggu apa lagi?
Patterns yg sy ajar..
1. Asas pola & blouse
2. Jubah Abaya
3. Palazzo
4. Cardigan kimono
5. Bj kurung moden
6. Bj kurung Riau
7. Kebaya kelepet
8. Kain selisih
9. Kain duyung
10. Kain godet
11. Dress peplum
12. Dress princess seam
13. Kurta
14. Bj kurung prof Muhaya
15. Bj melayu
16. Seluar perempuan
17. Seluar lelaki
18. Kemeja lelaki
19. Asas baju pengantin
20. Baju nursing @ cara alter bj utk nursing
Terima kasih..
Kak Zulis
0138508488
Bangi

palazo 2

Bayangkan korang …. 20 patern RM500 je …. belajar one to one .. Eh tengok hakak bergaya dengan palazo baru tu. Comel tak ? Kepala berpeluh-peluh punya lah gemuruh nak tunggu palazo siap. Dah siap terus pakai untuk test .. hehehe. Best woh perasaan nya , bila kita mampu dan boleh buat sesuatu yang kita suka.

palazo 3

Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh. Banyak yang perlu di pelajari. Tidak akan berhenti berusaha untuk menambah baik diri ini akan di hargai orang sekeliling.

ewah ….

Bye ..

Saya sebenarnya sibuk ya hamat.

Puanbee

Show 9 Comments

9 Comments

  1. cantik gile.pandai menjahit.macam tak payah dah masuk kelas menjahit ni.hehe

  2. proud with chuuuu kak! so proud! ajar sy plak nanti. eh tak, sy nk tempah je! hahahaha.

Leave a Reply to Rara Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.