Perjumpaan Blogger Pembuka 2014

SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.

anak blogger

SUSAH.

Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang.  Ya ampun..

Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.

Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..”  ya saya hanya mampu tersenyum.

Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.

Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.

pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.
pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.

Kebetulan adik ada di kampung dan saya dah janji nak buat job ni .. kalau tahu saya tolak awal-awal. Bila dah janji saya tunaikan. Saya sendiri pun tak suka orang mungkir janji gitu. Jadi bawa lah syamim dan 3 kakak nya ke perjumpaan blogger dengan PR tersebut.

Sampai-sampai diorang dah nampak tempat ni. Sempat possing untuk tatapan ayahda .. Whatsapp je ler ..

laila

Laila memang suka perasan seolah dia princess .. sebab tu nama gelaran laila sekarang adalah “tuan puteri pucuk kelompang” kadang -kadang laila manja ya amat . Tetapi kebanyakkan masa laila memang pandai bawa diri. Baik sangat .. rajin pula tu mengemas permainan dia.

Eh laila dah mengaji Iqra. Comel sangat gelagat dia ..

laila dan kakak

Kakak Aliya dah pun masuk darjah 4 … boleh lah jaga diri dan adik-adik dah … cuma kena rajin belajar sikit je lah kakak. Jangan banyak nonton TV.

husna

Husna pun dah masuk darjah 1 .. ada cerita kelakar si husna ni masuk sekolah .. hari pertama dah buat orang gelak. Memang kelakar budak ni.. adat dah .. kalau keluar … diorang lebih dari ibu.. macam blogger juga kan ?
syamim 2 bulan

Yeayy syamim .. baik sangat -sangat .. tak ada lah menagis .. banyak tidur .. bangun menyusu dan tidur semula. ALLHAMDULILLAH. Moga baik sampai besar. Masa gambar ni di ambil syamim baru habis pantang.

dengan blogger

Blogger kongsibersamanora .. anak-anak dah rapat dengan nora ni. diorang panggil ummie … dah banyak kali jumpa .. seronok .. lepas perjumpaan sini pergi mandi pool ummie pulak. Lagi suka la dengan ummie … pandai ummie ambil hati budak-budak ni.

perjumpaan bloggerSelain Nora , ada Shakiddo , CikLily , Elle , PR Sis Huda dan Client .. Seronok jumpa semua. 🙂 Moga ada masa ketemu lagi …

 

Show 11 Comments

11 Comments

  1. tekojut den. ingat nak stop blogging dah tadi…
    takpe slow down sikit yer bee… bee dah berjaya kiranya 😉
    begitulah perasaan nis bila terbayang org nk ambil buat job. gimana sih? pembantu mmg sah2 takde. takpelah… ada rezeki tak ke mana. buat online biz pun dah best juga 😉

  2. Seronoknya dapat peluang berjumpa dengan rakan-rakan blogger macam ni… 😉

    • Dah ramai-ramai tentu seronok berbual-bual bertanyakan perkembangan terkini.

  3. seronok tengok telatah anak2 bee…. tambah si laila…
    husband kerja apa Bee? dh mcm biras zie… abg ipar kerja diperantauan.. anak2 dia sorg jaga.. anak kedua lasak sgt2.. tp tgk biras zie tu relax je..nampak ok je huusband tak ada kat sisi.. tp dlm hati sapa yg tahu kan…

  4. Bahrain

    seeloknya luangkan bersama anak lagi penting dari perjumpaan blogger yang lain. 🙂

  5. Tabah sungguh menjaga 4 anak tanpa suami. Biasalah, dugaan yang nantinya timbul nikmat dan rezeki untuk sekeluarga. InsyaAllah

  6. Tidak mudah mengurus 4 anak sendirian namun kita semua yakin Puan pasti mampu. Insya Allah, Allah SWT akan membantu mempermudah semuanya
    Oiya, semoga semua kerjaan suami Puan di Jakarta berjalan dengan lancar

  7. Semua anak dara sudah besar dan bersekolah senang hendak urus. Tinggal satu hero sahaja pun tidak jadi masalah asyik tidur kerjanya. 🙂

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.