Penyakit kucing FELINE INFECTIOUS PERITONITIS VIRUS OR FELINE CORONAVIRUS INFECTION

Assalamualaikum , selamat petang. Hari ni saya nak update lah info dan kos yang di kenakan untuk penyakit kucing yang di beri nama FELINE CORONA VIRUS atau FIP atau busung air.Lepas sambutan raya haji kerja tak banyak sangat di sebabkan COVID19 terjejas juga lah. Jadi kita santai santai update blog saja lah. Kucing di bawah adalah kucing ke dua yang kami sekeluarga ambil sebagai anak angkat di tahun 2020 ini. Malang masih belum dapat membela kucing baik-baik. Sedih dan kecewa juga. Kucing pertama bernama oyen. Dah mati di sebabkan sakit yang sama.Ciri-ciri penyakit ini mula-mula kucing anda moyok. Tak nak bermain dan tak mahu dekat dengan kita langsung. Kemudian demam panas , hidung berair , mata pun berair , nafas susah dan nampak tulang di bahagian dada dia. Itu lah yang saya perasan buat kali pertama.

klinik haiwan murah di damansara damai

Bagi kes tompok pun sama juga. Dia cuma demam dan kesihatan merosot dalam masa 2 hari sahaja. Mungkin tompok stress juga sebab kami ada bawak balik ke kampung berkali-kali dalam sebulan. Ada urusan sikit.Jadi balik kampung selang 2 minggu bawa tompok pula letak dalam sangkar dia.

penyakit kucing FIP
miss u tompok . kesian tompok huhuhu badan kecil saja walaupun dah berumur 6 bulan lebih

Bila tompok demam masuk hari ke dua , sebab tompok tak nak makan terus kami bawak ke VET terdekat , Damai veterinar clinic , sebab dah biasa dengan klinik ini dan ianya murah juga lah. Cuma tak ada xtray. Selepas di beri penerangan sedikit , doktor meminta kami bawa tompok ke klinik VET lain yang ada x-tray. Jadi saya ni dalam renyai hujan saya bawak kereta bawa tompok x-tray di Bukit Rahman Putra dah la jem dan kejar masa. Dah janji dengan customer nak ambik baju nya petang tu. Dan saya tak buat apa-apa lagi. Susah hati punya pasal.

Kemudian selepas x-tray keputusan sangat mendukacitakan , paru-paru tompok telah di penuhi air. Dibahagian kiri atau kanan (lupa pulak mana satu , kena tengok video di bawah) cuma ada sedikit sahaja lagi. Pendek kata tiada rawatan lagi dah. Boleh buat tapi peratus untuk sihat amat tipis dan risiko juga tinggi kata doktor di klinik bukit rahman. Kemudian saya call Klinik damai balik nak tanya apa pilihan lain. Perkara yang sama juga , doktor damai oun tidak boleh buat apa.

Keaadaan kucing kena penyakit FIP

Kemudian saya bincang lagi. Ada ke ubat untuk tompok senang bernafas , doktor kata tak ada. Kalau kesian sangat kita buat je proses mematikan kucing. Sedihnyaaa anak dah meraung raung dah masa tu. Saya call suami pulak tanya pendapat , suami kata biarlah tompok mati secara alami. Tapi saya tak sanggup. Kesian sangat-sangat.

Jadi saya pujuk suami untuk terima proses mematikan kucing tersebut. Kemudian saya kembali ke klinik Damai dan bersedia untuk buat proses mematikan tompok. Allah punya kuasa. Semasa dokotr tengah buat persediaan . tompok pergi dengan sendirinya.

Allhamdulillah. Tak adalah rasa besalah sangat. Seolah olah beban di dada di angkat gitu. Sesak dada macam tersekat batu.

BAWA KUCING KE KLINIK

Jadi kos nya adalah :

  • Di klinik damai consultation sahaja RM20
  • Di klinik Bukit Rahman Putra – kos x-ray kucing RM150
  • Kos mematikan kucing di klinik Damai RM50 , tapi tak kena cas sebab tompok dah ” pergi ” sendiri
  • Untuk rujukan saya sertakan alamat klinik haiwan di kawasan Damansara damai / Sungai Buloh yang di sebutkan seperti di bawah :

      Damai Veterinary Clinic
      P011, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai,
      47830 Petaling Jaya, Selangor
      03-6143 1967
      BRP Animal Clinic & Surgery
      53A, Jalan BRP6/10,
      Bukit Rahman Putra,
      47000 Sungai Buloh, Selangor
      017-348 0378

      pstt : Oyen pernah di rawat di sini. Kos agak tinggi.

    KUCING FIP
    Keadaan kucing yang sedang kesakitan dan mencari cara duduk yang agak selesa untuk bernafas kata doktor

    Penerangan dari doktor tentang penyakit kucing di video ini :

    Penerangan di bawah saya copy dari Facebook , link rujukan di akhir post.

    FELINE INFECTIOUS PERITONITIS VIRUS OR FELINE CORONAVIRUS INFECTION

    Penyakit ini senang menjangkiti anak kucing, kucing yg sudah berumur, kucing yg selalu stress, kucing yg outdoor dan suka bergaduh

    secara amnya feline coronavirus yang common pada kucing adalah dry form dan wetform (busung air). kucing yg pada asalnya hanya ada dry form coronavirus (feline enteric coronavirus) boleh mutasi menjadi wetform coronavirus (feline infectious peritonitis)

    kronologi jangkitan bermula apabila virus asalnya ada pada najis dan saliva (air liur).

    jangkitan berlaku jika ada direct contact, ingestion atau virus yg asalnya carrier mula menyerang tisu organ

    pada mulanya virus ada di usus (ntestinal epithelium), virus akan mula serang dinding usus merosakkan dan menyebabkan cirit birit. kemudian virus itu stay selama berminggu hingga berbulan. virus membiak dan akan dijumpai di banyak permukaan tisu.

    terdapat pelbagai cara jangkitan merebak;

  • 1. macrophages membawa coronavirus melaui salur darah
    pergi ke merata tisu organ. basically virus akan attract
    antibody, antibody datang, macrophage neutrofil datang
    dan akan attract pada lesion, dan membuatkan
    pyogranulomatous changes so ini yg kita katakan dry form
    fip. secara klinikalnya kucing akan sangat kurus dengan
    tiada selera makan, dehidrasi yg sangat teruk, demam
    berpanjangan, cirit birit yg tak respond pada rawatan, on off
    diarrhoea, hilang keseimbangan, pada asalnya ada juga
    kucing yg menunjukkan tanda selesema sakit mata bersin.
    sebab itu kita lihat salah satu karakteristik dry form
    coronavirus adalah selaput putih kelabu di mata. dan hilang
    keseimbangan seolah olah saraf terganggu
  • 2. penghasilan vasoactive amine yang meningkatkan vascular
    permeability dan seterusnya plasma protein keluar dan
    menghasilkan cecair dalam perut yg mengandungi protein yg
    tinggi seterusnya merosakkan lagi tissue. lama kelamaan
    cecair juga akan terbentuk di kawasan thorax dan kucing kan
    mengalami kesukaran bernafas dan akhirnya mati. ini yg kita
    panggil wetform coronavirus (feline infectious peritonitis)
  • malangnya masih tiada rawatan yg boleh menyembuhkan sakit ini. dan rawatan yg diberi adalah berdasarkan supportive treatment untuk mengawal dehidrasi dan secondary bacteria infection seterusnya mengurangkan pembentukan air di abdomen dan kawasan thorax untuk memanjangkan hayat kucing

    mengapa walaupun kucing divaksinkan tetapi masih kene jangkitan ini?? of course sebab vaksin yg available di malaysia cuma 4 in 1 (parvo & 3 jenis selesa) dan 5 in 1 cat vaccine. (extra felv vaksin)..
    FIV dan FIP vaksin tidak tersedia di malaysia pun begitu ada sesetengah negara seperti thailand masih mengamalkan vaksin FIP namun begitu masih ada jangkitan fip antara 2 dalam 10 kucing yg divaksinkan dengan vaksin FIP.

    cara untuck detect FIP ni ada beberapa la yg selalu kami guna

  • 1. test kit. . bab test kit kami jrg guna sebab selalunya tak confirm positive atau negative
  • 2. A:G ratio. A:G ratio ni kita detect proportion albumin globulin. jika A:G ratio <4.0 ada possibility yg tinggi untuk FIP infection. jika >4.0 possibility yg tinggi untuk bukan FIP.
  • 3. Abdominocyntesis mengeluarkan cecair likat berwarna kuning. cecair ini jika kita letak di atas cuka (acetic acid) ianya tidak larut. test ini selalunya kita guna utk detect wetform fip. (rivalta test) simple, mudah dan murah
  • saya tekankan disini ini adalah virus yg menyerang kucing yg mempunyai immune system yg compromised dan immune system yg rendah. so guys… make your cat happy from now on. pastikan kucing punyai selera makan yg baik. jika kucing anda kurang makan utk suatu tempoh yg lama anda harus bertindak segera. sekiranya kucing anda stress kerana terkurung dan tak boleh mengawan, sila mandulkan

    setiap tindak tanduk kita ada kesan baik buruknya.. pilihan di tangan anda

    3 august 2018, 3.14 petang, regards Dr Izzati Ali

    Dan sekarang kami ada kucing lain. Anak kucing jumpa di kampung di beri nama Peachcy. 🙂

    Show 2 Comments

    2 Comments

    1. Ala..sian nya. Makcik pun nak ikut nangis la syahmi. Tak pe la dia mati. Hilang sakitnya tu..

      Ni sama macam Mikhail la bee. Sayang sangat kucing dia
      Kalau ada orang nak ambik memang dia jeling je.

    Leave a Reply to Puanbee Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.