Pengembaraan ke Bandung dengan anak-anak

Perkahwinan jarak jauh. Banyak kisah yang tak terduga. Siapa sangka saya akan ke Bandung hanya dengan anak-anak tanpa orang dewasa lelaki ? ke luar negara tu. Emak saya punya lah risau. Saya langsung tak dapat bayangkan.

Dua hari suami mengajak saya bertemu di Jakarta. Saya menolak dengan pelbagai alasan. Hari ke – 3 saya berbincang dengan AJK KIAH PROPA. Semua menyokong saya kesana. Dorongan demi dorongan.

Saya takut sebenarnya. Tak pernah ke luar negara dengan siapa-siapa pun. Tapi atas sebab rindu dan ” terigin juga nak bejalan jauh” saya iayakan saja. Bincang -bincang maka booking lah tiket Air Asia melalui seorang rakan blogger.2014-01-28 17.33.24

Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )

Tapi tak jadi ke Jakarta kerana kurang tempat menarik. Maka Bandung menjadi pilihan destinasi. Selepas tiket kapal terbang telah di tempah. Dua tiga hari berikutnya saya buat passport untuk semua anak-anak , saya dan adik.

Kemudian booking hotel di Bandung melalui Agoda. Tukar duit Malaysia ke Rupiah siap-siap. Sungguh senang rupanya nak melancong ke luar negara. Ehemm .. lain kali suami kerja luar negara boleh lah melawat di mana di bekerja. 2014-01-28 22.14.00

Saya telah booking tiket kapal terbang selama dua minggu. Mana tahu si Syamim demam sehari sebelum penebangan kami ke Bandung. Stress juga.. kesian baby muntah dan batuk teruk. Tapi terpaksa lah pergi memandangkan tiket dah booking.

2014-01-28 22.44.16

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara di Bandung , kami semua mengalami kejutan sikit. Udara di sana sejuk sangat. Laila yang pada mulanya tidak berjaket kesejukkan. Terus pinjam baju kakak Aliya . Kakak Aliya nya pula pinjam baju ibu. Sudahnya ibu lah ketar sorang-sorang di situ. 🙂2014-01-28 22.44.29

Kebetulan pula. Ada masaalah sikit. Sepatutnya suami dapat turun dari kapal pada awal pagi. Tapi pada hari itu dia tak dapat turun awal dek kerana ada masaalah dengan kastam. Suami dapat turun agak lewat setelah merayu dengan bos nya. Saya waktu tu .. erm nampak je senyum tapi dalam hati risau ya amat.

Nasib dah petang suami boleh turun dari kapal. Itulah kita rancang elok dah … ada pula rintangan. Jadi suami sampai ke lapangan terbang agak lewat untuk menjemput kami. Ye ah dia dari Jakarta naik kereta sewa. 5 jam perjalanan dari Jakarta ke Bandung.. Jauh tu … Hampir 1 jam juga juga menunggu.

Dalam hati takut juga. Ye lah .. kita berada di negara orang. Kesemua kedai dah ditutup waktu tu. Ramai pula pemandu teksi lelaki datang menjual sim kad indonesia dan pelawa untuk hantar ke hotel . Dan tak ramai orang di lapangan. Penerbangan terakhir yang sampai adalah kami.

Huwaaa seram. Tapi senyum .. depan anak-anak cover sikit lah.2014-01-28 23.32.52Akhirnya setelah suami sampai .. kami menyewa teksi dan begerak ke Hotel .. kami dah tempah Hotel Sukajadi sebagai tempat persinggahan .. Letih sangat. Dalam Kapal terbang pun begelut dengan syamim. Dah sampai kena menunggu lagi. Tapi ..

Setelah berkumpul .. semuanya berbaloi…

2014-01-28 23.33.34Oh .. adik ni jadi peneman sekarang … kemana-mana dia ada … terima kasih maksu 🙂

Bagi saya ..

” Lalui je hidup ini.Dugaan datang jadikan cabaran  “

Sehingga bersambung cerita lagi. Banyak cerita sebenarnya. Masa tu je tak berapa banyak. 🙂

Terima kasih kepada pengunjung setia.

Show 14 Comments

14 Comments

  1. bravo bee.. best kan jenjalan. lepas ni lebih konfiden deh~
    huk2 tak dpt dah skodeng sembang2 ajk kiah propa

  2. saya tgk gambar last tu terkejut, ingatkan puanbee, hehehe

  3. dahsyat Bee.. kalau zie mungkin teragak2 nak gi ke sana sendiri dgn anak2.. dah ada pengalaman ni boleh la ke luar negara lagi kan…

  4. umiadamfaris

    wahhhh best nye bercuti…
    takut jugak kalau xde lelaki..tapi puan bee kita selamat dah…
    mahal x tiket?? hehehe

    • kalau pergi sorang tak mahal .. pergi ramai2 boleh tahan la mahal untuk orang biasa2 mcm saya ni huu

  5. member pun kalo pergi Bandung… dia mesti dok kat Sukajadi tuh… murah pun murah katanya…

  6. Si Cantik Matahari

    hehheheh maksu dah ada peminat.. syabas.. bee.. lps juga ke bandung.. luar negara tu… pergi dan balik hanya dengan anak2.. dan di temani adik.

  7. Selamat menikmati travellinng di kota kembang Bandung, semoga menyenangkan …

  8. Semoga akn berniat kembali lagi berkunjung ke kota bandung lagi.

  9. ina

    Rindukan ole-ole bandung???
    Pre order bagelen @ brownies kartika sari atau brownies amanda
    Whatsapp ina 0192633431

Leave a Reply to RinnAzrinah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.