Pengalaman buka akaun bank perniagaan MAYBANK 2019

Hari ni saya nak share pengalaman saya buka akaun bank untuk perniagaan di Maybank. Sebenarnya dah lama dah nak buka akaun ni. Dari tahun 2018 ke tahun 2019. Jadi sebab malas nak bertangguh sesuai dengan tahun baru. Jadi saya tidak berlengah lagi. Terus ke cawangan maybank terdekat dan submit borang. Jadi ramai kawan-kawan di facebook yang aktif berbisnes dan dah bertahun-tahun bisnes serta teringin nak buat akaun bisnes. Tapi takut susah nak buatnya. Saya nasihatkan , jangan takut. Redah je.. Marilah ikut perangai saya. Setiap kalau dapat ilham nak buat sesuatu saya akan buat. Saya tak tunggu dah. Dan saya tak suka beralasan.

Susah ke buka akaun ?

Pengalaman saya dengan maybank tak susah mana. Senang sangat. Mungkin introducer saya tu seorang yang aktif bisnes kot. Introducer saya tu ada kedai buku. Jadi valid lah kot.Semasa nak buka akaun , pegawai bank just luluskan setelah interview saya sikit-sikit.Tapi saya nampak la semua benda dia check. Contoh nya ccris. Ternampak , ya kawan bukan saja nak sibuk. Saya dah siapkan semua apa yang bank nak. Bank tu cakap sikit-sikit dan laju. Susah jugak nak faham. Yelah diorang kan bz.Nak pulak pergi time orang sibuk keluarkan bonus ASB.

Sekali lagi saya beruntung ada kawan a.k.a introducer tu. Awal-awal dia ajar saya dah.

Cop khas untuk pernigaan , hanya nama dan nombor syarikat sahaja

Perlukan apa jika nak buka akaun semasa perniagaan ?

Copy sijil ssm
Cop bisnes ( ada nombor ssm dan nama bisnes / ssm ) tu saja

Isi borang – Ada borang introducer tu
boleh ambik dan minta introducer tu isi , tanda tangan serta cop dulu. Pegawai akan interview introducer tu melalui telefon saja.Untuk kes saya. Malam dalam jam 8 pegawai tu call.

Dalam borang tu isi takde lah susah sangat. Dia cuma declare yang kita ni rakyat Malaysia atau bukan saja. Jangan risau.

Dan sediakan deposit RM1000 – Dengar ini yang ramai terbantut nak buka akaun kan ? jangan risau. Duit ni boleh ambik balik petang tu jugak.

Apa bila dah selesai dan dapat no akaun , korang akan dapat nombor akses dan no pin sementara.

Keluar dari pejabat , pergi cdm deposit dui RM1000 tu untuk aktifkan akaun. Balik rumah terus daftar online guna nombor akses serta nombor pin sementara tadi. Tukar password.

Duit RM1000 tu dah boleh transfer ke akaun kita sendiri serta merta. Jangan risau.

Syarat intoducer maybank

Akaun aktif dan dah lebih 1 tahun. Nanti pegawai call tanya kenal tak kita. Contohnya alamat dia tempat lain , macam mana boleh kenal. Gituuu.. Siasat la sikit-sikit. Sebab kalau kita buat kerja haram. Introducer tu sangkut jugak.

Macam mana nak cari introducer ?

Tanya lah kawan-kawan yang sudi bantu. Ada tu. Pstttt kawan lelaki lebih sporting bab ni huhu…

Maybank tak bagi kad ATM atau buku cek pun. Buku cek kita boleh minta kalau nak. Saya tak nak. Saya biasa dengan bank online saja. Jadi tiap kali nak guna kita kena transfer ke akaun peribadi. Ok la tu.Takde la sesuka hati keluarkan duit.

Saya lepas ni nak kena belajar simpan resit lah. Susah betul part ni. Sebab ramai kata macam-macam bab bayar cukai. Tapi kalau tak buat akaun bank yang khas untuk bisnes susah pula nak berkembang. Sampai bila nak duduk tahap gitu je. Bagi saya lah.

Jadi jika ada yang teringin nak buat. Tapi takut nak buat. Buat je lah kawan. Lepas tu kita fikir cam mano nak simpan akaun. Bak kawan kawan introducer tu. Declare je semua. Kalau kena cukai pun sikit ja. Dan ini bagus untuk penyata kewangan kita. Mana tahu nak kumpul harta untuk anak cucu kita kan. Alah si sajat tu , Dato vida tu tak declare kena denda 2 ribu lebih ja kawan. Kita ni lagi sikit la sebab baru nak mula kan kan kan.

Please follow and like us:

Author: Puanbee

Ibu kepada 5 orang anak , Work at home mom ( WAHM ) sebagai tukang jahit. Berumur 35 tahun , sentiasa mempunyai semangat yang tinggi. Suka " cari " kerja. 😍

1 thought on “Pengalaman buka akaun bank perniagaan MAYBANK 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.