Patah tulang tapak kaki

4-8-2015 : Kena ingat tarikh kemalangan ni. Anak sulung Alia saya disahkan patah kaki di bahagian tapak (sikit je!). Pada 4 hari bulan 8 , Alia ke sekolah seperti biasa. Dalam jam 9 cikgu call saya minta ambil anak bawa balik , di katakan alia jatuh ketika turun tangga untuk ke pejabat guru.

Ayahnya ambil alia dan terus ke klinik biasa. Doktor sahkan terseliuh saja , tapi doktor pesan .. kalau masih sakit dalam 3 hari dan alia tak mampu berjalan elok lah di bawa ke klinik sekali lagi untuk buat xray.

Jadi dalam 3 hari tu , aliya tak boleh berjalan lagi. Cuti ayahnya kebetulan dah habis jadi ayah nya dah balik ke Johor pada hari ke 2 aliya jatuh. Makanya ibu bertindak jadi hero lagi la.

aliya patah kaki 2

Biasala .. kalau dah ke klinik kerajaan kena la ikut stepnya . Macam-macam proses .. makan masa 2 hari baru dapat keputusan patahnya tu. Terpaksa lah rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur bahagian trauma dan kecemasan.

Nasib baik ada makngah tolong jaga adik-adik , jadi saya berdua je ke `HKL` tu. Dari jam 12 tengah hari keluar rumah ke klinik kampung pandan sampai lah ke 12 pagi baru siap xray dan simen kaki nya tu.

Amboi letih tak terkata. Baby syamim tu pun nasib la tak meragam kena tinggal dengan makngah. 

aliya patah kaki 3

Tak ada la teruk sangat , cuma kena cuti lama sikit untuk proses penyembuhan , seminggu sekali ulang ke Pediatrik HKL. Tak boleh berjalan .. takut ligamen yang cedera tu lagi teruk sakitnya ( kata doktor ).

Saya tak tahu la kena pantang makan ke tidak ke. Tak pandai nak jaga orang patah kaki ni. Dia cuma patah sikit dan ligamen koyak. Lain dari tu tak ada. Cuma saya berikan lebih kalsium je lah untuk cepatkan tulang tu sembuh.

aliya patah kaki

Sekarang dah masuk 2 minggu , dah pergi xray semula. Tulang dah kembali cantum. Tak nampak kesan patah. Cuma masih lagi cuti sakit selama seminggu kerana ligamen kaki tu masih sakit dan dia tak boleh jalan. Mungkin kena usahakan berurut pula. TAPI kena tunggu ayah balik hujung bulan ni lah.

alia patah

Lepas ni .. para ibu bapa di nasihatkan selalu pesan kepada anak. ” Turun tangga jangan gelojoh” 🙂 ..

Nota kaki : eh parking HKL dah best la sekarang.

Show 6 Comments

6 Comments

Leave a Reply to PB Cuba parking HKL baru - Puanbee.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.