Nasib berhutang dengan ‘along’

Sekadar renungan lah yea. .kalau ada pendapat ok jugak. .

Kawan saya perempuan Nor (bukan nama sebenar) selalu membuat keputusan salah , entah kenapa dia selalu begitu , Dulu Nor becinta dgn seorang pemuda yang sangat baik ,kemudian Nor tinggalkan pemuda tu ,dan bekawan dengan orang lain , Becinta sehingga ditangkap ‘basah’ umurnya pada waktu itu baru 18 thn. .kemudian Tak lama kemudian Nor mengandung , setelah mengandung 4 bln baru Nor berkahwin , sepanjang perkahwinannya.

Nor di kurniakan 4 Org cahaya mata , suami Nor seorang yg malas berkerja ,buaya darat , dan suka pula belagak kaya ..Nor cantik. .cantik sangat tapi sayang di persia~siakan oleh seorang lelaki .Sepanjang perkahwinan Nor , memang susah bermacam2 kerja di lakukan , termasuklah kerja kilang ,Menjual tepi jalan ..kali terakhir saya jumpa Nor ,keadaan nya sangat daif. .sangat kesian pada anak2nya. . .sebelum tu Nor ada menceritakan dia dah berniaga di kampung. .saya tumpang gembiri ,kemudian tak lama kemudian Nor sms memberitahu , Nor terpaksa berpindah , saya pelik lalu betanya , kenapa?. .bisnes mcm mana ?

Lalu Nor becerita . .bisnes dia dimulakan dengan modal yang di pinjam. .dari ‘Amanah Raya ‘ dan beberapa ‘ceti’ berserta ‘along’. . Belanja untuk memulakan bisnes sedikit sahaja , tapi disebabkan suaminya malas berkerja dan mahukan wang mudah ,jadi mereka berhutang ,berulang2 kali , sehinggakan 9 kepala along dipinjamnya . .bisnes kecil~kecilan Nor tak mampu menanggung hutang yg banyak , manakan keperluan anak~anak nya yg 4 org tu. .’amanah raya’ saja dah RM90. Untuk ceti2 dan Along tu , semuanya RM 300 Sehari apabila di tambah2. Memang lah seorang along hanya mereka pinjam ,dan kena bayar sekitar RM 20,RM30, RM15 sehari.,Tapi bila ditambah jadi banyak pula. .

Jadi Nor dan keluarganya terpaksa bepindah, Ibu nor sekeluarga pulang ke kampung , Nor pula behijrah ketempat lain yg agak tersorok. .Nor ada minta pinjam dari saya. .Saya pula seorang isteri yg tidak bekerja. .mana nak dapat duit , kalau minta dari Mr kay jgn harap lah. .Mr kay pun berusaha keras untuk keluarga sendiri. .
Sekarang Nor hidup dalam ketakutan memikirkan masa depan , suaminya masih tak berubah , Nor nak pergi keklinik , pasar malam semuanya takut ,akibat lari dari hutang. .

Cer hang pa pikir2kan sehari RM300, Sbln dah berapa ? Setahun pula ? Mak aiih. .saya yang menjadi teman pendengar cerita pun seram sejuk dibuatnya, lagi2 ada 9 genk yg giat mencari Nor sekeluarga. .erm macam mana penyelesaian nya ni ??

Saya sendiri buntu , macam mana nk tolong kalau sang suami ketua keluarga tu masih tak sedar tanggung jawab nya? ?

Dalam hati mampu berdoa buat Nor semuga Nor tabah ,dan di permudahkan urusan dalam mencari jalan keluar darh hidup dibelenggu ketakutan tu ,Moga Allah menolong Nor,harap sangat. . . .

Kepada generasi muda, terutamanya perempuan lah. .hati2 membuat keputusan ,hati2 memilih bakal suami,maklum lah dulu2 ibu bapa pilih skrg pilih sendiri kannn. . .

Show 13 Comments

13 Comments

  1. Lelord

    ishhhh siannya kan…
    x berani nak komen sgt…kalau difikirkan napa la pendek sgt akal nak pinjam ngan along, walhal dah tau akibatnya. Tapi maybe tu jek salah satu jalan penyelesaian pd masa tu
    Apepun moge dia tabah

  2. lan_ax

    suruh nor mintak cerai then berpindah ke suatu tpt yg selamat n mulakan hidup baru.. mmng pndapat sy ni mcm kejam n x semudah seperti yg dikatakan.. tp kalau rasa xnk buat pape perubahan, maybe makin teruk nasib yg bakal menimpa..
    http://www.duitlama2u.blogspot.com/

  3. ?ï? mummyHaza ?ï?

    Sokong sgt2 kat perenggan yg last tu.. hati2 bila nak cr pakwe utk jadikan suami..

  4. sarah-najwan

    jgn sesekali buat pinjaman ngan along..jika hdk buat pinjaman segera..kene buat di bank yg dijamin kerajaan..org ckp..cari nahas nati ngan along nih..

    tq..sama2 kita beringat..semoga kwn bee itu tabah dan sabar..

  5. Mawar Merah

    Bee, ini pendpt sy. Sy rasa bila Nor dah diburu 9 geng ah long tu, nyawa n keselamatan dia n anak2 dia dah terancam. Bahaya gengster ni. Mmg diorg smpi sanggup bunuh penghutang yg xdpt langsai hutang tu. Baik Nor gi lapor kepada polis. Mintak perlindungan drpd polis. Itu je penyelesaiannye. Ttg suami Nor plak, if dia syg Nor, dia xkan biarkan Nor tanggung sendiri masalah ni. Tp dr cerita mcm dia makin menyusahkan Nor je. So better Nor berbincang dgn pegawai kaunseling di Pejabat Agama Islam berdekatan. Bukan apa, dunia zaman skrg, manusia mcm2 ragam, kalau kita tak bertindak dgn sepatutnya, diri kita yg akan merana n menanggung masalah smpi kesudah. Ini juga peringatan buat saya n kwn2 lain supy TIDAK SEKALI2 melibatkan diri dgn ah long. Tk cr Nor.

  6. Peni Anani

    lw report polis tak uleh ke angah… uwwaaarrgghh… tkot lak aq dengo angah… nk cari teman hidop pown takot lw kesudahan dye cm ni an… ayookkk… cian kwn angah too… manyak2kan berdoa dan bersabar la an…
    lop setuju dengan lan_ax.. mintak cerai jew r lw perhubungan too tak beri keuntungan tp memudaratkan diri…

  7. jenanese

    hmmm..siannya…suami die tu tak sedar ke?gilos..

  8. Amni

    kesian pon ada jugak dengan dia.. tapi tu la.. dia jugak yang carik amsalah kan? haiyaa… kalau tolong, dia mungkin buat lagi.. hum.. report polis pon, lagi naya je nanti.. tak tau la nak buat macam mana..

  9. EiJa ZaQuaN

    kesiannye kat kawan bee ni..hidup dh mcm pelarian nyorok sane sini..yg jdk mangsa anak2..moga dia tabah hadapi dugaan dr NYA..

  10. HoneyvsBee

    salam semua….tenkiu yea di atas komen2 korang …kalau korang semua tengok keadaan hidup dan keadaan anak2 dia,memang sayuuuu jer rasa….memberi keinsafan kat bee sendiri,bila bee dilanda kesusahan bee mesti ingat dia,,,bahawasanya kesusahan bee taklah teruk sangat…..

  11. Anonymous

    hi, new to the site, thanks.

  12. invictus

    Salam,

    Sy memahami apa yg berlaku kpd pasangan trsbt, sbbnya,kwn sekerja sy sndr pnh utang dgn along.mmg gila akibatnya.hbs kerja xterurus,takut nk ke mana mana. Itu baru 1 along.bknnya smpi 9 along.tp alhamdullillah.lepas kwn sy ni report polis,baru ok.stkt ni along tu dh xde kacau lg. Dn sy amat sarankan diorg report polis,itu sj caranya.

Leave a Reply to Amni Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.