Nasi goreng budu dan nenas

Siapa pernah makan nasi goreng budu dan nenas angkat tangan. Masa buat tu merapu ja sebab bahan kekurangan di dapur ku. Jadi ku pandang kiri. Ku pandang kanan yang tu je ada. Budu.. nenas.. ikan bilis.. cili hijau pun kehabiasan stok. Jadi terhasil lah nasi goreng budu ni. Ada orang tak suka budu. Saya suka juga lah tapi tak kan beli punya. Ni pun budu orang bagi. Allhamdulillah rezeki. 
nasi goreng budu

Resepi nasi goreng budu dan nenas.

  1. 5 Ulas bawang merah kecil.
  2. 1 Ulas bawang merah besar.
  3. 5 ulas bawang putih.
  4. Beberapa tangkai cili kering
  5. Segemgam iklan bilis.
  6. Nasi 4 pinggan.
  7. Nenas di potong dadu semangkuk kecil.
  8. Minyak masak untuk tumis dalam 1/4 cawan.
  9. Budu sedikit agak2 lah nak banyak mana dalam 5 sudu gitu.

Cara-cara ;

  1. Masukkan minyak masak. Tumis bawang merah , bawang putih , bawang besar dan cili kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan ikan bilis dan goreng lagi.
  3. Bila ikan bilis nampak dah garing sikit  masukkan lah nenas.
  4. Kemudian masukkan nasi.
  5. Goreng sehingga semua sebati dan masak.
  6. Akhir sekali masukkan budu di atas dan gaul rata.
  7. Hidangkan.

Itu sahaja je lah cara nak masak nasi goreng. Memang senang. Ikutkan tak nak bagi resepi pun sebab mudah sangat. Tapi mana lah tahu kot ada yang teringin sebijik macam saya buat. Hehehehe . Masa saya masak suami tanya sedap ke ? akhirnya dia yang makan bertambah.

Allhamdulillah.

Terima kasih kerana membaca.

 

Show 6 Comments

6 Comments

  1. Belum pernah lagi merasa masakan nasi goreng budu dan nenas ni… Boleh cuba rasa ni… 😉

  2. Kalau makan nasi goreng kampung selalu juga plus dengan budu, cuma nenas ni tak pernah try lagi dengan nasi goreng.

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.