Motivasi ketika di fitnah

Malam ni tak boleh tidur … ada sesuatu menganggu benak fikiran dan hati. Ya . .. aku mangsa fitnah. Aku dituduh tanpa usul periksa, dah dua tahun , ALLAH masih belum tunjuk siapa benar siapa salah. Jenuh aku memotivasikan diriku untuk belajar menerima serta menguatkan hati dan tahap kesabaran aku. Ya .. kejadian fitnah ini mengajar aku untuk menjadi orang yang lebih sabar dan kuat. Kalau tak sabar dah lama aku serang sipolan itu. Kalau tak kuat dah lama aku gila meroyan.

Aku masih sabar dek kerana … selalu sangat baca ” doa orang kena fitnah itu lebih afdal ” aku tunggu saat itu. Tak lama dah .. aku dapat rasa.

tengok muka budak ni tenang sikit ...
tengok muka budak ni tenang sikit …

Jom .. baca kisah yang menimpa Saidatina Aisyah. Dia wanita ulung pun kena fitnah , tambahlah aku .. manusia biasa … huhuhuhu ~ sabar je lah puanbee oiii ~ mungkin ada keindahan tak terjangkau di sebalik setiap kejadian yang menimpa aku .. AMIN………….

Ketika Aisyah demam sebaik tiba di Madinah, dia tidak melihat layanan lemah lembut Rasulullah s.a.w. terhadapnya (yakni sikap kebiasaan Baginda Saw). Baginda Saw hanya masuk menjenguk Aisyah, memberi salam dan bertanya khabar sahaja, dan kemudian beredar. Itu sangat menghairankan Aisyah.
Apabila mengetahui punca Rasulullah dingin terhadapnya, akibat difitnah, Aisyah r.a lalu berkata: “Lalu dengan sebab itu binasalah orang yang binasa (dengan menyebarkan fitnah bahawa aku berzina dengan Safwan) dan orang yang mengepalai fitnah besar ini” (yakni Abdullah bin Ubai bin Salul)
Baginda Saw bersabda: “Wahai Aisyah, telah sampai kepadaku berita tentangmu begini-begini. Kalaulah kamu memang tidak melakukannya, nescaya Allah akan membebaskan kamu, dan jika kamu telah melakukan dosa, istighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya seorang hamba bila dia mengakui dengan dosanya, dan bertaubat memohon keampunan daripada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya”.
P/S :  Rasulullah Saw tidak pula meminta isterinya BERSUMPAH LAKNAT sepertimana yang diminta sebahagian manusia akhir zaman ini
Aisyah r.a berkata: “Sesungguhnya demi Allah, aku memang sudah mengagak bahawa kamu semua telah mendengar cerita ini, dan mempercayainya. Kalaulah aku berkata yang aku ini tidak bersalah, dan hanya Allah sahaja yang mengetahui bahwa aku tidak bersalah, pasti kamu semua tidak akan mahu mempercayaiku. Dan jika aku mengakui nya pula sedangkan aku tidak bersalah, kelak kamu mempercayainya pula” . Itu sikap buruk sangka yang dimaksudkan Aisyah r.a sebelum Allah membidas semua manusia yang kuat berprasangka jahat itu dalam suruh An Nuur.
Hadis Ifki riwayat Imam Bukhari (4750) daripada Urwah dalam Kitab Tafsir, bab ke 60. Hadis Ifki adalah satu istilah yang digunakan untuk kisah fitnah terhadap Saiditina Aisyah r.a. Dan ifki bererti pembohongan yang melampau.
FIRMAN ALLAH SURAH AN NUUR:AYAT 12-19
12 – Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong (fitnah) itu orang-orang mukmin (lelaki Islam) dan mukminat (wanita Islam) tidak mahu bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) mengatakan: “Ini adalah suatu berita bohong (fitnah) yang nyata”.
13 – Mengapa mereka (yang menuduh dan semua yang berada di pihak mereka) tidak mendatangkan 4 orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang yang berdusta.
14 – Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan nikmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar kerana pembicaraan (penglibatan) kamu tentang berita bohong itu.
15 – (Ingatlah) di kala kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu (turut) mengatakan dengan mulutmu akan apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal pada sisi Allah ianya adalah amat besar.
16 – Dan mengapa kamu tidak berkata di waktu mendengar berita bohong itu: “Sekali-kali tidaklah pantas (tepat/sesuai) bagi kita memperkatakan (tentang fitnah) ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar”
17 – Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali berbuat seperti itu untuk selama-lamanya jika kamu orang-orang yang beriman (yakni jangan ulangi perbuatan menyebarkan berita atau fitnah yang kita tidak tahu ianya benar atau tidak, yang kita hanya bersangka-sangka sahaja atau mendengar dari orang yang juga tidak mengetahui kebenaran tentangnya)
18 – dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
19 – Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar (tersebar) di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia (tatkala sakaratulmaut) dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Demikianlah amaran Allah kepada orang-orang yang membuat fitnah dan turut serta menyebarkannya sedangkan mereka itu tidak dapat menyediakan 4 orang saksi yang tidak fasik. Allah menyifatkan orang yang menuduh dan penyokongnya sebagai orang-orang yang berdusta.
 

Semoga orang yang suka fitnah orang tu insaf dan diberi hidayah dan pertunjuk oleh ALLAH S.W.T .

Semoga .. semoga .. di makbulkan doa aku ..          (doa rahsia)   🙂  , semoga korang yang membaca ni tak amalkan fitnah-fitnah ni , sakit woooooiii makan dalam . Dan kalau ada mangsa fitnah di sini , sabar je lah .. itu je yang mampu kita buat …. ada orang suka lawan balik , ada orang diam-diam berisi , ada orang diam dan tak henti doa .. pilihlah nak yang mana , aku ? diam dan tak henti doa .. air mata kalau di sukat dah berbaldi .. hiks … namun semua  itu buat aku semakin kuat .. Allhamdulillah …

Luah perasaan tengah malam katanya….

Show 9 Comments

9 Comments

  1. yanmie

    Salam,
    Kesian bee, tak setel lagi ye?. bnyak2 sabar ok 🙂

    • wasalam .. tk settel lagi .. skrg bukan tahap sedih , tahap macam tak sabar nak tengok balasan sapa yg tuduh tu .. mcm dendam lak .. asstafirullahalazim

  2. nak tak nak kena sabar..kan??tak kan kita nak pi serang orang,nanti hal yang sikit orang je tahu,terus jadi ramai yang tahu.saya pun kalau kena rasanya menangis dan doa je la kot…kalau ikt kan hati memang nak pergi pijak2 je orang macam tu..

    • itu lah .. nak buat apa pun kena fikir baik buruk , kalau tk fikir dah lama buat buat gila … pergi balas balik .. sabaqqqq

  3. Sabar ya kak, semoga permasalahannya cepat seleasi. Cepat diketahui mana yang benar dan mana yang salah.

  4. fitnah mmg bahaya,,
    fitnah itu lbih merbahaya dr pembunuhan,,,
    kesian kat akak,, tp saya salute akak ,, sbb cara akak tanggani kejadian ni dngan pnuh kesabaran,,, org yg hbat adalah org yang dapat mnhan marah,, jadi akaklah salah satu orng yang hbat.. smoga bejaya dunia akhirat…

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.