Macam mana la ibu tak membebel ?

Assalamualaikum dan hai semua .. hurmmm nak luah perasaan lagi. Semoga bila anak dah besar nanti baca lah niat murni ibu. Di harapkan anak-anak faham dan maafkan ibu. Saya ni bukan lah sejenis perempuan yang suka membebel. Saya suka duduk diam diam dan buat hal sendiri. Dulu sebelum berkahwin , saya seorag yang happy go lucky orang kata. Mudah ketawa dan buat lawak bodoh.

Tetapi sekarang .. jauh berbeza. Sekarang baru faham kenapalah mak kita dulu membebel jek kerjanya. Dulu mak saya start jam 6 pagi dah mula membebel.Saya jadi rajin pun sebab takut kena bebel. Tapi di sebabkan adik ramai kena jugak tempias bebel walaupun rasa dah buat habis baik.

Sekarang dah ada anak sendiri , bukan seorang tetapi empat orang .. dan faham .. kenapa lah mak atau ibu ni suka membebel. Opss bukan suka , tetapi terpaksa kot.

Minggu lepas , memang membebel dekat aliya sebab mengaku nak ke ikea tak bincang dengan ibu.Nak beli pokok je pun , cikgu nak pokok tu .. pokok tu ada dekat ikea je katanya. Bila dah pergi tengok pokok tu , alahai melambak di nursery pokok biasa. Penat je masuk ikea.

Minggu ni membebel lagi ke aliya sebab pandai-pandai janji nak beli aiskrim dari kilang untuk aktiviti sekolah. Kilang tu pun kebetulan jauh. Hari tu beli pun sebab jumpa blogger dan blogger tersebut bawakan. Dia pandai-pandai janji dengan cikgu dia. Penat betul jadinya.

Kemudian hari ni , husna pula. Selepas ambil 3 beradik di sekolah mereka. Saya ke sekolah satu lagi ambil lagi 4 orang budak. Semua budak termasuk anak saya dan anak saudara saya ada 9 orang dalam kereta. Husna buka kasut dan baju sekolah. Tiggal tshirt dan kain je.

Lepas hantar semua balik , tinggal lah anak saya dalam kereta 4 orang. Nak singgah di Hero kejap beli stok makanan dan ais krim untuk aliya bawa ke sekolah. Kemudian nak beli barang untuk kutu. Sibuk kan saya ni ?

Kemudian , kita ni nak cepat. Husna boleh hilang kasut dalam kereta. Terpaksa punggah satu kereta uols cari kasut dia. Ya ampun mendidih rasa hati ni , dengan panas terik nye .. dengan syamim aktif nye .. si laila kuat sememeh.

ibu-kuat-bebel

Tu baru sikit lah , banyak lagi perkara-perkara yang buatkan ibu ni rasa nak membebel je. Dah tu sekali cakap tak juga ikut. Kemain cakap lembut-lembut sambil gelak-gelak. Diorang buat tak endah je. Sekali kena siren bebel baru gerak.

Kadang-kadang si ayah pun sama je naik. Perempuan ni , dalam kepala dah siap jadual. Apa nak buat pada sekian sekian waktu. Simpan barang-barang di mana. Semua dah tetap. Tetapi anak-anak susah nau nak ikut. Lepas makan tak cuci pinggan lah. Orang kata kalau nak keluar rumah tutup pintu , pun tak buat. Rimas bila semua yang kita atur orang tak ikut. Benda cakap setiap hari , selama bertahun .

Letih. Letih melayan sampai stress tu yang di luahkan melalui bebelan. Harap faham.

Tetapi kalau leteran ibu akan memberi kesan baik kepada anak. Allhamdulillah.. Ibu tak akan berhenti bebel selagi nyawa di kandung badan. Gitu kekdahnya .. Saya memang cerewet sikit dengan anak-anak.

 

Show 6 Comments

6 Comments

  1. Maf

    Ibu merupakan penasihat yg terbagus bagi kita. X kira bertapa leter ibu, kesemuaan adalah berasal dari niat utk kebaikan kita.

  2. Anak anak memang nak kena membebel dan tegas sikit dalam hal hal tertentu untuk buatkan mereka dengar kata, tp kalau bebel kat suami selalu memang lain jadinya nanti, hehee

    • suami jarang kat rumah ok ..time suami ada jd ayu se ayunya .. huhu

  3. Pae

    Hehehehe..samelaaa..anak Pae 4 orang, setahun sorang, bila dah setat membebel mulalah keluar dialog;
    “Ummi tak sayang kakak!”
    Dia tak tahu lagi yang kite bebel sebab sayang kannn~
    😀

  4. same la bee… nis dulu pon happy go lucky… langsung tak reti garang or membebel
    skrg anak dah 7… fuhhh paham2 je lah.
    syukur ada produk aromaterapi membantu kawal sikit emosi ni

Leave a Reply to Pae Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.