Kurung moden

Hari ni raya haji pertama kali pakai baju kurung moden hasil tangan sendiri , sejak belajar menjahit terus ambil tempahan sampai tak sempat buat baju sendiri. Bila pakai baju hasil tangan sendiri rasa puas hati dan bangga sangat-sangat.
kurung-moden

Kerana sebelum ni ada orang tu kata , saya ni belajar menjahit hangat hangat tahi ayam je. Sedikit sebanyak rasa tercabar juga. Ya la dah lebih 10 tahun jadi surirumah memang la tak ada sesiapa pun nampak hasil pengorbanan kita. Sedih juga hati bila mengenangkan .. orang fikir seolah olah kita ni tak mampu belajar dan hasil kan apa-apa ..

Ermm buat surirumah , kalau ada yang merendahkan diri kita , pasakkan dalam fikiran yang kita ni pun sama hebat dengan wanita bekerja. Pasakkan dalam fikiran semua kata kata itu hanyalah kayu api yang akan menjadi alat untuk membakar semangat kita. Lagi orang mengata lagi la kita kena berjaya gitu.

Pedulikan semua tomahan. Insya- Allah .. lepas habis belajar kita mulakan projek yang dah lama ada dalam rancangan. Dan tak akan berenti mencari guru dengan skill berbeza.

Ada yang suka nak buat sesuatu tetapi terpaksa di pendamkan tak ?

Nak belajar menjahit hubungi :

Kak Zulis
0138508488
Bangi

7 thoughts on “Kurung moden

  1. hebat la Bee..Rasanya macam Bee baru belajar je kan..??kalau saya memang kena ketuk jari je la sebab tangan keras kejung..nak pegang jarum pun terkial2.apa lagi nak guna mesin..
    yang mengata tu apa pulak kemahiran dia ada..??heheh

Leave a Reply to diana Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.