Kura – kura

Red- Eared Slider – jenis kura-kura yang saya bela. Dah bela hampir 6 bulan. Dari kecik sebesar duit 50 sen , sekarang dah besar tapak tangan. Yang betina tu lagi cepat besar dari jantan. Kemain. Kura-kura saya belum ada nama , oh dah 6 bulan masih tak ada nama ye. Paling lemah nak bagi nama pada binatang peliharaan ni. Tapi suka bela binatang. Dulu bela kucing. KUCING masih ada dengan sepupu dan rumah mak. Tak sesuai beli di rumah tak ada tanah.

kura - kura 1

Kura-kura ni terputus makanan dah dua hari. kesian cuti CNY kedai semua tutup. Saya pun lupa nak beli sebelum makanan betul-betul habis. Nah kena makan sayur.. padan muka dia.. baru pertama kali cuba. Tak tau la ada selera makan ke tidak tuh.

Oh kura-kura saya bukan duduk dalam bekas dalam gambar tu ye. Itu bekas sementara je sementara akuarium dia di cuci. Dia ada tempat khas , dengan hiasan batu. Mesti ada tempat untuk berenang dan tempat berjemur. Kura-kura kan dua alam.

kura - kura 2

Pertama kali makan sayur selepas 6 bulan jadi anak angkat puanbee hehehe .. apa pun mereka sangat aktif dan sihat. Senang jaga kura-kura ni , bagi makan dan rajin cuci bekas dia je. Dan kura-kura ni bijak juga nampaknya. Pandai juga buat perangai minta makan jika lapar.

Show 21 Comments

21 Comments

    • tak pernah tak ada binatang peliharaan di rumah sy .. lepas satu .. satu

      • cik tom pernah share tips nak tau jantan betina dalam blog…tapi kalau masa kecik ssah skit nk cam..kena tengok corak bawah cengkerang kura2 tue….
        tapi kalau dah besar tu mmg normalnya kura2 betina lagi besar saiz kura jantan…

        • ohh nanti akak serach blog ciktom .. ya meang tino tu besar ..

  1. bgagus kura-kura ni sebab ni antara haiwan yang jangka hayat nya paling lama kan…

  2. Cutenya..tak pernah bela kura-kura. Kat rumah ada 3 ekor kucing yang sangat aktif, risau takut dikacaunya kura-kura tu. Senang tak membelanya ni? Macam berminat juga. =)

    • senang sangat .. bagi makan dan rajin cuci bekas dia je … kucing suka buat main kura2 .. tpp biasanya tak lepas kan kura2 ni ..

  3. anak saya dah bela beberapa ekor dah, tapi tak lama hayatnya. kura2 pun stres agaknya dibela anak saya. huhuh

    • berapa lama tu ? dulu saya pernah bela .. tk lama juga … kura2 mati sbb panas tertinggal dlm kereta ..

        • hihiih tp kura2 tk mati tau .. dulu kura2 pernh sembunyi .. jumpa bawah rak tv , siap berhabuk .. seminggu juga la ..

  4. baca entri akak ni rasa rindu pulak nak membela kura2..kura2 ciktom namanya diego n dora…terpaksa lepaskan sebab membesar dengan jayanya..akuarium paling besar pun dah tak mampu nak tampung kura2 2 ekor tu..sedih tapi terpaksa….

    • iye la akk tengok .. memang besar sungguh .. nanti kalau kura-kura akak ni besar mana nak campak pulak …

  5. Sihat kura-kura Puan Bee bila makan sayur..hehe.. Sy punya kucing, kalo tukar makanan selain frikis die tu,mau merajuk sampai 2 hari..mogok kata nya..grrrr..

    • kucing memang begitu .. dulu kucing saya asal tukar je makanna jd sembelit … kura2 senang hihi

  6. Noriza Rahman

    Senang tak nak bela kura-kura ni puan bee?

    • puanbee

      senang sangat2 .. jaga makan dan rajin cuci tempat tinggal dia jeee..

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.